Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Masuk hari ke-17 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada antara keluarga yang dah mula mencatu makanan dapur dan rungsing dengan nasib keluarga. Sebelum ini masih ada jalan untuk mencari hasil pendapatan.
MENGHITUNG HARI BEKALAN DAPUR AKAN HABIS
Tak semua bernasib baik. Bila berlakunya PKP ini, yang menanggung akibat adalah mereka yang dipotong gaji ataupun cuti tanpa gaji oleh pihak majikan. Bukan kerana ingin menganiaya pekerja, bahkan ekonomi syarikat mula merosot dan terkesan.
Dikala kita sedang sibuk berbalah isu bantuan kerajaan, seharusnya golongan ini lah yang harus diutamakan. Itu lah yang terjadi kepada keluarga Mohamad Hilmi Abdul Rani @ Atam yang sedang kusut memikirkan barang keperluan dapur rumahnya.
Sehingga hari ini, apa yang tinggal di dapur hanya lah beras, bawang, telur dan minyak masak. Itu pun tidak tahu berapa hari lagi mampu bertahan.
MAJIKAN POTONG GAJI SEJAK PKP, BAKI TINGGAL RM50
Hilmi yang tinggal di Bandar Mahkota, Banting memberitahu yang duit simpanan mereka sekeluarga hanya tinggal RM50 sahaja lagi. Dia sedaya upaya mencatu makanan dengan memasak ulaman dan sayuran kampung untuk isteri dan dua orang anaknya.
Difahamkan isterinya, Suriana Azliza Musa menghidap penyakit asma turut terkesan dengan situasi PKP ini.
Sebelum ini, Hilmi hanya lah bekerja sebagai pekerja kontrak swasta yang mana menerima gaji sebanyak RM1,700 sebulan. Walau bagaimanapun, situasi bertambah buruk apabila majikan memotong gajinya kerana gara-gara PKP.
HARAP BERJAYA DAPAT BANTUAN PRIHATIN
Cuma apa yang diharapkan kini adalah sumbangan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Bantuan Prihatin Nasional agar dapat dirasai mereka sekeluarga.
Bagi sesiapa yang berkemampuan dan berhajat untuk membantu keluarga Hilmi, boleh lah menghubunginya menerusi nombor 017-3405509 untuk maklumat lanjut nasib keluarganya.
Dikala ini lah kita boleh lihat betapa ramainya lagi masyarakat kita yang tersepit dan berjuang dengan ekonomi keluarga masing-masing. Percaya lah bahawa tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.
Kredit: Harian Metro