Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Seniman Dilupakan! Terkenal Dlm Filem Azura, Pelakon Veteran Ini Akhirnya Kutip Sampah Utk Sara Diri

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang meluahkan kebimbangan mengenai nasib dan punca rezeki mereka. tidak terkecuali pengiat seni dan juga artis tanah air.

Seperti umum mengetahui, mereka tidak mempunyai gaji tetap dan hanya mengharapkan pendapatan harian berdasarkan kerja lakonan atau pun persembahan. Namun alasan ini bukan tiket untuk mereka diberi keutamaan dalam mendapatkan bantuan kerajaan.

DULU TERKENAL, KINI HIDUP MENGHARAPKAN HASIL KUTIP SAMPAH

Hiba dan sedih bila mengenangkan nasib pelakon veteran. Tak semua berakhir secara baik dan juga indah seperti umum sangka. Masih ingat dengan filem lama yang popular seperti Azura, Gila-Gila Remaja, Minah Manja dan Bas Konduktor?

Sumber Facebook

Salah seorang pelakon yang pernah membintangi filem berkenaan kurang bernasib baik. Ali Ringgo atau nama sebenarnya Mohamed Ali Matab Din yang kini berusia 65 tahun hidup sebatang kara. Selepas sunyi dari dunia lakonan, dia hanya menyara diri dengan mencari barangan lusuh.

Kadang kala dia sempat bermain dan membuat persembahan muzik di sekitar Pasar Besar Meru, Klang untuk dapatkan rezeki tambahan.

TINGGAL DALAM PONDOK DIPENUHI SEMAK

Melihat kepada keadaan rumahnya di Kampung Sungai Pinang, tak seindah seperti kejayaan artis-artis yang lain. Dia hanya tinggal di pondok buruk dan dikelilingi semak.

Kehidupan terbaru artis veteran berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali Azly Izwan Azman. Menurutnya Pakcik Ali hanya mengutip barangan lusuh. Namun semenjak PKP beroperasi, ianya menjejaskan mata pencariannya kini.

Sumber Facebook

KATEGORI OKU SETELAH MENGALAMI MASALAH PENDENGARAN

Dikhabarkan Pakcik Ali kini dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana mengalami masalah pendengaran. Pihak zakat negeri ada menghulurkan bantuan setiap bulan terhadapnya.

Keadaan dirinya juga tidak seperti dulu apabila terpaksa mengharapkan tongkat selepas terlibat dengan kemalangan pada tahun 2014.

Siapa sangka kehidupannya yang dahulu agak terkenal boleh berakhir sedemikian rupa. Hidup kita macam roda, hari ini boleh berada di atas, esok mungkin boleh jatuh duduk di bawah.

Semoga nasib Ali Ringgo ini mendapat perhatian oleh pihak berwajib terutama Persatuan Seniman Malaysia.

Kongsi artikel ini: