Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tidak Mengemis! Lelaki Tua Kerah Keringat Sara Keluarga, Cari Tin Ketika Kuarantin Biarpun Tanpa Kaki

Suka penulis ingatkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan lah tempoh untuk kita berasa gembira atau pun bersenang lenang menghabiskan duit belanja. Difahamkan ada segelintir masyarakat kita menghabiskan masa dengan membeli barangan secara atas talian.

Seharusnya dalam tempoh ini kita perlu berjimat cermat memandangkan ekonomi negara mungkin lumpuh gara-gara tiada pergerakan perniagaan/runcit secara optimum dan juga keberkesanan terhadap sektor import serta export.

PERLU ADA 6 BULAN SIMPANAN

Ramai pakar kewangan menjangkakan setiap individu perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya selama 6 bulan ke depan untuk memastikan kehidupan yang stabil. Namun sejauh mana kita mampu menyimpan sedangkan aliran duit keluar membeli barang dapur dah macam air paip.

Yang memeritkan lagi bagi golongan yang tidak bernasib baik atau mengharapkan gaji hari. Dalam keadaan sebegini, tak dapat keluar rumah untuk mencari nafkah akhirnya memaksa mereka mencatu makanan sebagai ikhtiar terakhir untuk hidup.

Sumber Facebook

Termasuk lah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini yang dikenali sebagai Mohd Hasraf Bin Mohd Yazid, yang menceritakan perjalanan hidup perihal Pakcik Ismail.

CARI NAFKAH HANYA DENGAN KUTIP TIN TANPA KAKI

Menurutnya Pakcik Ismail hanya mencari nafkah dengan mengutip tin kosong dan kemudiannya dijual. Namun, pekerjaannya itu tergendala seketika sejak tempoh PKP ini dikuatkuasakan. Ianya sedikit sebanyak menyukarkan lagi pencarian pendapatan warga emas ini.

Sumber Facebook

Pakcik Ismail ini mempunyai seorang isteri, namun tak dapat membantunya kerana ada masalah mental. Manakala, dua orang lagi anaknya masih lagi bersekolah. Yang membuatkan penulis berasa terkesan adalah usaha yang digembeling oleh kudrat tua ini.

Dia masih mampu untuk mengerah keringat untuk keluarga hanya menggunakan satu kaki. Biar pun bertaraf OKU, dia langsung tidak meminta-minta atau mengharapkan ihsan dari orang lain.

Sumber Facebook

TINGGAL DI BAWAH KHEMAH

Bayangkan dengan keadaan sekarang, kilang besi buruk sudah pasti tutup. Biar pun dia meraih hasil dengan kutip tin di tepi jalan, namun hasilnya tetap tidak dapat dijual.

Menurut maklumat yang dikongsikan Hasraf, Pakcik Ismail dan isteri tinggal di bawah khemah berdekatan Sri Damansara sehingga lah tempoh PKP ini reda. Anak mereka pula kini di bawah pengawasan datuk mereka di Kubu Gajah, Sungai Buloh.

Sumber Facebook

Justeru, di kala kita sering dongak ke atas untuk membandingkan hidup mewah, tidak salah untuk sesekali kita tunduk ke bawah untuk merasai betapa peritnya bila diuji dengan kufur nikmat. Sama-sama saling mengingatkan diri tentang erti bersyukur.

Kongsi artikel ini: