Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ingkar Arahan PKP, Lepak Kedai Makan! Lelaki “Luah Perasaan” Baling Cawan Ke Arah Penguatkuasa

Rakyat Malaysia terkenal dengan sifat sopan santun dan saling menghormati antara kita. Namun sifat sedemikian dilihat semakin luntur dewasa kini.

Melihat kepada perkembangan semasa proses Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah pun memasuki fasa kedua, ada sebilangan kecil masyarakat kita masih lagi mementingkan diri sendiri.

INGKAR ARAHAN KERAJAAN, LEPAK KEDAI MAKAN

Bukan sahaja ingkar dengan arahan pihak kerajaan, malah ada antara mereka berani bersikap melawan arahan anggota yang bertugas dan tunjuk keras kepala.

Perangai atau sikap sebegini lah yang menjadikan kadar jangkitan Covid-19 lebih mudah merebak di luar sana.

Hal ini bukan direka-reka, bahkan dikongsikan menerusi laman Facebook Info Kesihatan Malaysia beberapa jam lepas yang memaparkan rakaman seorang lelaki enggan memberi kerjasama setelah dia kantoi makan di salah sebuah kedai.

Seperti diarahkan oleh kerajaan, dalam tempoh kuarantin ini rakyat hanya dibenarkan untuk membungkus sahaja makanan dan dilarang sama sekali untuk melepak di luar kawasan rumah.

BALING GELAS MINUMAN KE ARAH PENGUATKUASA

Namun, apabila penguatkuasa cuba mengarahkan lelaki berkenaan untuk beredar, dia mula meninggikan suara dan meluahkan rasa tidak puas hati.

Dapat dilihat dari rakaman dia bangun dan cuba mengeluarkan kata-kata berbaur provkasi dan membaling gelas minuman ke arah penguatkuasa yang menegurnya.

Melihat kepada reaksi warganet, ramai yang berasa rasa geram dan kesal dengan tindakan lelaki berkenaan yang seolah-olah tidak menghormati kerja orang lain. Bahkan langsung tidak peka dengan arahan kerajaan.

LEBIH BAIK MENGAKU SALAH DAN MINTA MAAF

Jangan lah terlalu mengikut perasaan dalam sesuatu perkara. Penguatkuasa juga ada perasaan seperti mana manusia biasa. Mereka hanya menjalankan tugas demi kesejahteraan kita bersama.

Ia lebih baik mengaku salah dan meminta maaf apabila jelas melakukan sesuatu kesalahan. Diharap masyarakat kita lebih sensitif dengan arahan PKP. Semoga tiada lagi antara kita yang berani untuk melepak atau pun melakukan aktiviti sosial.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelangan. Jika ia berterusan, tidak ralat pihak berkuasa akan menjadi lebih tegas di kemudian hari.

Kongsi artikel ini: