Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Krisis wabak Covid-19 menjadi perhatian dunia tatkala angka korban dan juga kes baharu sentiasa meningkat setiap hari. Lihat sahaja di negara kita Malaysia, penambahan kes sudah pun melepasi angka 3000 malah yang terkoban meningkat kepada 45 kes.
Sudah pasti ianya suatu angka yang sangat besar dan tidak boleh dipandang mudah. Kita perlu cegah dari sekarang sebelum terjadinya gelombang yang lebih besar lagi.
IMAM MEKAH DOA UNTUK RAKYAT MALAYSIA
Peka dengan situasi ini, Imam dari Masjid Abbad Makkah iaitu Al-Hafiz Mohammad Sharif Mohammad Imrani telah menunaikan permintaan sahabatnya dari negara kita agar mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia dalam berdepan wabak ini.
Difahamkan dia merupakan imam di salah sebuah masjid di Malaysia apabila tibanya bulan Ramadhan. Menarik mata penonton adalah usaha beliau bertutur dalam Bahasa Melayu sebelum memulakan bacaan doa.
KAWAN DARI MALAYSIA MINTA IMAM DOA
Pada akhir video, dapat dilihat beliau sempat berkongsikan beberapa amalan zikir berserta ayat Al-Quran untuk orang ramai amalkan supaya sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.
Perkongsian video ini telah mendapat lebih daripada 600,000 jumlah tontonan sehingga artikel ini ditulis.
TERIMA KASIH DOA UNTUK KAMI-NETIZEN
Melihat kepada reaksi warganet, rata-rata bersyukur dan berterima kasih kepada imam berkenaan yang sudi menadah tangan mendoakan kami dan juga keadaan Malaysia terutamanya.
Semoga doa dan rintihan kita didengari. Sebagai manusia kita dapat lari dari melakukan kesilapan. Dengan ujian diberikan ini mengingatkan manusia keseluruhannya untuk sujud menyembah Sang Pencipta.
Kredit: Facebook Zahida Zarik Khan