Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Para artis juga manusia biasa dan tidak dapat lari diuji. Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kehidupan dalam kalangan mereka ini dilimpahi kemewahan. Tapi hakikatnya berapa kerat je yang berjaya.
Tidak dinafikan artis baharu lebih berjaya daripada senior atau pun veteran. Ini kerana mereka bijak dan pandai menggunakan peluang platform yang sedia ada. Selain bakat dalam lakonan atau nyanyian, mereka juga ada pengikut di media sosial yang ramai.
NASIB ARTIS VETERAN TAK SEINDAH SEPERTI ARTIS BBNU
Dengan jumlah pengikut yang ramai ini lah mereka boleh jana pendapatan. Tak seperti artis veteran, yang mungkin sedikit mengekang untuk berbuat demikian. Ini lah dinamakan peredaran zaman mengubah cara kita berkarya.
Lihat sahaja akhir-akhir ini, isu artis dan juga bantuan kerajaan merupakan topik hangat. Ramai sebenarnya artis yang kurang berkemampuan, uzur dan sudah tidak aktif akibat sakit. Sudah pasti pendapatan mereka tergugat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Dalam membela nasib artis-artis ini adalah Jemaah tabligh. Mereka merendah diri membantu individu-individu yang dahulunya terkenal dan kini kurang bernasib baik dengan memberikan sumbangan bekalan harian.
JEMAAH TABLIGH HULUR SUMBANGAN PADA ARTIS VETERAN
Menurut perkongsian Azuan Mazlan di laman Facebook, dia dan beberapa ahli Jemaah tabligh yang lain ada berjumpa dengan Hail Amir, Mak Jah dan juga Shima untuk bertanya khabar keadaan mereka.
DULU DIPUJA KINI TIADA SIAPA YANG HIRAUKAN
Justeru, sama-sama lah kita bersatu hati dalam menghadapi krisis wabak Covid-19. Ianya memberi kesan yang sangat dalam kepada kehidupan masa kini dari segi rohani dan jasmani. Lupakan seketika soal pangkat dan darjat.
Jika berkemampuan, waktu ini lah paling sesuai untuk kita meringankan beban kepada insan yang memerlukan. Semoga kisah ini memberi dorongan untuk kita semua membuat kebaikan.