Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sebelum Ni Artis Duk Bising Tp Tiada Yg “Melawat”! Keaadan Terkini Jamali Shadat Jadi Tumpuan Netizen

Dalam kita sibuk memikirkan wabak Covid-19, timbul pula isu lain yang hangat diperkatakan di media sosial iaitu perbalahan antara artis.

Ini berikutan mereka ada mengutarakan pandangan agar diberi bantuan khus ketika Proses Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah menutup mata pencarian dan pendapatan harian.

Netizen berasa kurang selesa dengan pandangan mereka ini yang disifatkan cuba merampas hak golongan asnaf dan juga yang sepatutnya diberi bantuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Hasut Netizen Kritik Artis Hingga Hati Terluka, Seniman Buat Laporan Polis Tindakan Zarina Anjoulie?

KEHIDUPAN ARTIS ADA PASANG SURUTNYA, DATUK JAMALI SHADAT TERBARING LEMAH

Kehidupan manusia tidak dapat lari dari pasang surutnya. Begitu juga lah golongan penghibur. Jika anda masih ingat dengan Datuk Jamali Shadat, seorang penghibur yang begitu berbakat dan sangat  terkenal dengan alih suara watak Atan sebelum ini.

Dari suatu perkongsian terbaru, memperlihatkan keadaan terkini penghibur berkenaan yang semakin dimamah usisa. Tiada seorang pun diantara golongan seniman yang lain mengambil berat dan ambil tahu keadaannya sekarang.

Perkongsian yang  dibuat oleh Isyraq Ariff melalui Facebook sedikit sebanyak menarik mata ramai netizen yang turut meluahkan rasa sedih dan sayu dengan keadaan artis veteran berkenaan.

KECEWA TIADA SEORANG PUN YANG DATANG MELAWAT

Dalam penulis Isyraq, dia sedikit sebanyak meluahkan rasa kecewa sudah pasti kepada artis yang sedang berbalah kini kononnya meminta bantuan bagi golongan mereka yang veteran bahkan langsung tidak bertanya khabar.

Isyraq difahamkan adalah cucu kepada Datuk Jamali Shadat. Dapat dilihat dari gambar yang dikongsikan, susuk tubuh yang dulu pernah mewarnai dunia lawak kini terbaring lemah di atas kerusi.

Sumber Facebook

SEMOGA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK

Memberi reaksi kepada perkongsian Isyraq, rata-rata netizen terkejut melihat keadaan terkini artis veteran berkenaan.

Di dalam menegur sikap artis baru yang sibuk kononnya menjaja ingin membantu orang lama, mereka turut mendoakan kesihatan yang baik buat Datuk Jamali Shadat dan mendapat bantuan sewajarnya dari pihak yang bertanggungjawab.

Justeru, sama-sama lah kita bersatu hati dan jangan berprasangka buruk dengan golongan artis kerana mereka juga tidak dapat lari dari diuji sebagai hambaNya.

Kongsi artikel ini: