Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Macam tiada kesudahan isu artis apabila ada antara mereka saling bertelagah menegakkan hak masing-masing. Buka sahaja laman sosial, kisah mereka yang menjadi perhatian utama sehingga krisis Covid-19 semakin dilupakan.
Antara nama artis yang semakin mendapat pujian adalah Zarina Anjoulie atau lebih selesa disapa sebagai Anju. Dia antara artis yang mula membuka pekung kisah sebenar disebalik kerjaya seorang artis yang selama ini nampak sahaja mewah, hakikatnya adalah tidak.
KENYATAAN ANJU MENGGURIS HATI RAKAN ARTIS
Dengan kenyataan yang dilontarkan oleh Anju telah membuatkan segelintir di antara mereka kurang senang dengan hal tersebut sehingga ada gerakan untuk memulaukan pelakon yang membintangi Anak Pontianak ini.
Tidak mudah melatah, Anju dilihat selesa meneruskan kehidupannya seperti biasa. Tak kurang hebatnya apabila dia turut turun padang dalam menjalankan misi bantuan kepada golongan yang memerlukan.
Difahamkan, bantuan yang dihulurkan oleh Anju itu adalah hasil daripada pendapatan yang dia peroleh melalui IG review. Hasilnya Anju membeli barangan dapur untuk dia serahkan kepada masyarakat yang hilang punca pendapatan dikala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
GUNA DUIT IG REVIEW UNTUK BANTU YANG MEMERLUKAN
Sebelum ini, Anju didakwa sengaja mencipta kekecohan. Ianya bagi meraih simpati netizen dalam mendapatkan pengikut di instagram dengan lebih mudah.
BUKAN NAK KEJAR FOLLOWER SEMATA
Kesimpulannya, masing-masing boleh peroleh kebaikan dalam situasi ini. Cuma yang menampakan kematangan adalah cara duit itu disalurkan. Diharap pembaca jangan cepat melatah, perkara yang baik kita ikut, sebaliknya pula kita hindari.