Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Belum Lagi Reda, Gambar Tanpa Seurat Benang Pula Timbul. Zed Zaidi Tampil Perjelas Keadaan Sebenar

Nama figura ini cukup hangat diperkatakan umum sejak akhir-akhir ini. Rozaidi bin Abd Jamil atau nama komersilnya Zed Zaidi merupakan individu penting dalam menggerakkan Persatuan Seniman Malaysia.

Zed Zaidi yang sebelum ini pernah terkenal dengan lakonan drama Sembilu akhirnya kini aktif dalam kesukarelawan serta kebajikan dalam persatuan NGO yang disertainya.

Memegang pangkat Presiden dalam Persatuan Seniman merupakan suatu tanggungjawab yang sangat berat yang perlu dilalui Zed Zaidi. Matlamat serta perjuangan untuk pengiat seni adalah matlamat yang perlu dia pertahankan.

GAMBAR ZED ZAIDI TANPA SEURAT BENANG

Ketika isu cadangan bantuan khusus untuk anak seni sedang dibangkitkan, timbul pula isu lain yang sedikit sebanyak boleh merosakkan imej Zed Zaidi. Terbaru, satu gambar mirip artis berkenaan tanpa seurat benang telah tersebar di media sosial.

Tidak mendiamkan diri, akhirnya Zed Zaidi tampil menjelaskan keadaan sebenar yang mana dia menafikan sekerasnya gambar tersebut adalah kepunyaan dia. Teknologi kini yang serba canggih boleh ubah macam-macam sekali gus menjatuhkan individu yang diingini.

Perkara ini bukan baru dalam industri seni dan seperti kita ketahui, beberapa artis lain pernah melalui perkara sama yang mana pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan deep fake.

CABARAN SEBAGAI ANAK SENI SEJAK DULU LAGI

Jelasnya lagi, mereka boleh buat apa sahaja kerana mereka adalah penggodam. Sebagai anak seni, dia sudah bersedia lama untuk menghadapi cabaran seperti yang berlaku kini.

Cuma dengan keadaan sekarang, masyarakat lebih percaya kepada spekulsi. Apa sahaja yang diberitahu mereka tidak akan dengar atau percaya.

Selama dia bergelar artis, Zed Zaidi pernah banyak kali melalui kritikan daripada peminat bahkan ada juga yang mengugutnya. Itu adalah perkara biasa demi mematangkan dan menambahbaik kekurangan diri.

Justeru, dunia artis tidak dapat lari dari kisah-kisah sebegini. Mungkin dengan keadaan Zed Zaidi dengan isu seniman membuatkan sesetengah pihak ingin menjatuhkan reputasinya.

Semoga dengan maklum balas dari tuan badan dapat menjawab segala persoalan dari peminat. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Zed Zaidi dan juga Seniman kelak.

Kongsi artikel ini: