Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Teruk Kena “Basuh” Dengan Netizen, Akhirnya Shuib Kenang Jasa Peminat & Buat Permohonan Maaf

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksnakan, ianya telah menjejaskan periuk nasi ramai pihak. Antara yang bersuara adalah golongan artis yang meminta bantuan khusus bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Walau bagaimanapun, idea atau cadangan untuk dapatkan bantuan khusus dari pihak kerajaan ini sangat tidak dipersetujui oleh netizen. Dakwaan netizen berikutan artis atau pengiat seni juga adalah rakyat biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Over Sangat! Seniman “Demand” Dgn Kerajaan Dana Khas, Bantuan RM3k Utk Artis Buat Netizen Naik Angin

Jadi cukup sekadar bantuan PRIHATIN yang Perdana Menteri umumkan sebelum ini dan dilayan sama rata. Sedangkan petugas barisan hadapan langsung tidak bersuara mengenai isu insentif khas biar pun kerja mereka adalah lebih berisiko.

Sumber Instagram

TERKESAN DENGAN TEGURAN NETIZEN

Antara artis yang bersuara dan memberikan pendapat adalah pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu. Tujuan awalnya adalah cuba membaiki keadaan dan kedudukan sebenar kenyataan sebelumnya dari rakan artis.

Namun lain pula jadinya apabila netizen menyifatkan permintaan mereka melampau kerana bahagian sepatutnya diutamakan adalah golongan asnaf dan juga fakir miskin.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Artis Perlu Bantuan Kerajaan, Siti Sarah Kena Tempias & Luah Rasa Kesal Reaksi Cepat Melatah Netizen

Terkesan daripada komen dan teguran peminat, beberapa jam yang lepas, Shuib telah memuat naik entri permohonan maaf di laman Instagram berkenaan bantuan khusus untuk artis dan pengiat seniyang diulasnya.

“Assalammualaikum semua. Saya mengambil apa yang berlaku berhubung kenyataan saya tempoh hari sebagai kesilapan sendiri. Saya MOHON AMPUN DAN MAAF dan saya harap isu ini selesai.”

SENTIASA KENANG JASA PEMINAT YANG MENYOKONG

“Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya.”
“Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas dari covid19 dan semoga kita sentiasa dilindungi, diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.”
“Sama sama kita bantu mana yang memerlukan dan semoga kita terus tabah dlm ujian ini. Mohon maaf skali lagi.” Kongsi Shuib.
Sumber Instagram

Kesimpulannya, tiada istilah atau pun mana-mana golongan yang perlu diberi perhatian dalam keadaan tenat sebegini. Cuba bayangkan jika golongan arkitek, akauntan, buruh binaan dan banyak lagi cuba mengutarakan perkara yang sama.

Sudah pasti ianya tidak adil untuk dilakukan sama sekali. Cuma apa yang artis minta adalah golongan mereka yang kurang benasib baik. Apa pun kerajaan sudah umumkan untuk memberi bantuan sama rata.

Jadi, sama-sama lah kita menghargainya dan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Kongsi artikel ini: