Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Saban hari ada sahaja kisah yang menyayat hati berkaitan wabak Covid-19. Angka korban dan jumlah pesakit yang dijangkiti turut meningkat. Trend ini sudah pasti merisaukan ramai pihak.
Jika ianya berlanjutan, sudah pasti Perintah Kawalan Pergerakan turut serta dipanjangkan tempohnya bagi mengawal rantaian wabak.
Kita patut bersyukur kerana sehingga hari ini diri masih dilindungi daripada menjadi mangsa. Berbeza dengan wanita ini yang dikenali sebagai Norazeean Tahir di laman Facebook apabila dia berkongsikan momen kehilangan orang tersayang gara-gara Covid-19.
DARI ZON MERAH KE ICU
Menurut Norazeean, ayahnya mula dikejarkan ke Hospital Muar pada 20 Mac yang lalu. Awalnya ayahnya berada di zon merah namun kemudian dibawa ke ICU selepas disahkan positif Covid-19.
Seperti umum mengetahui, wabak ini sangat mudah untuk dijangkiti kepada kontak rapat. Tiga hari kemudiannya iaitu 23 Mac, ibunya pula disahkan positif Covid-19 dan dibawa ke Hospital Permai untuk menerima rawatan.
AYAH DISAHKAN MENIGGAL
Bukan itu sahaja, Norazeean serta suami dan anak turut sama dibawa menjalani saringan dan terpaksa menunggu beberapa hari untuk mengetahui keputusannya.
Tanpa diduga pada 25 Mac, mereka sekeluarga telah mendapat perkhabaran yang menyedihkan apabila ayahnya yang berada di ICU disahkan telah meniggal dunia. Dia ada memaklumkan bahawa Allahyarham bapanya ada mengalami sakit tua sebelum ini.
NORAZEEAN DAN KELUARGA TURUT POSITIF COVID-19
Belum sempat kering air mata, keesokan harinya keputusan saringan Covid-19 untuk Norazeean sekeluarga diterima. Alangkah kecewanya apabila mereka bertiga turut disahkan positif Covid-19 dan terpaksa dikuarantin dan menjalani rawatan di Hospital Kluang.
Tak dapat penulis bayangkan besarnya dugaan yang terpaksa dilalui oleh keluarga wanita ini. Sudah pasti perkongsian ini mendapat perhatian ramai pihak. Rata-rata mendoakan kesihatan dia dan keluarga beransur pulih dan diberi ketabahan dalam menerima ujian ini.
Sama-sama kita mengambil berat perihal kebersihan dan juga mencegah Covid-19. Suka diingatkan kerap kali basuh tangan dan jaga lah kebersihan diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.