Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Masalah Stok Terhad, Penghuni Penjara Penor Bertungkus Lumus Jahit PPE Untuk Frontliner COVID-19

Antara golongan yang paling terkesan dengan wabak Covid-19 adalah barisan hadapan seperti petugas kesihatan. Dalam kita bersenang lenang di rumah, mereka masih bertungkus lumus di hospital dalam memberikan perkhidmatan terbaik memerangi wabak tersebut.

BEKALAN PPE TERHAD UNTUK PETUGAS BARISAN HADAPAN

Mereka adalah golongan paling berisiko kerana berkemungkinan mudah dijangkiti ketika merawat pesakit yang positif. Sehubungan dengan itu, peralatan perlindungan diri (PPE) amat lah penting bagi mereka dalam melindungi diri.

Walau bagaimanapun, terkini bekalan PPE amatlah terhad dan semakin berkurang. Sangat dialukan jika ada antara kita yang berkemampuan dalam memberi sumbangan dalam bentuk bantuan asas ini untuk kegunaan harian mereka.

PENGHUNI PENJARA PENOR JAHIT PPE

Dalam menghargai usaha petugas kesihatan, dikhabarkan penghuni Penjara Penor telah bersatu hati menjahit tempahan peralatan pelindungan diri (PPE) sebagai kegunaan petugas kesihatan kelak dalam berhadapan pesakit Covid-19.

Setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang, seramai 18 penghuni dari penjara berkenaan akan melakukan kerja mengukur, memotong serta menjahit bekalan PPE. Ianya diperbuat daripada material khas berwarna biru seperti mana ditetapkan oleh pihak kesihatan.

PPE DIHASILKAN MENGIKUT SOP

Menurut Pengarah Penjara Penor iaitu Datuk Abu Hasan Hussain memberitahu, beberapa kakitangan penjara telah melalui taklimat penghasilan PPE. Ini bagi memastikan ianya dihasilkan mengikut prosidur operasi standard (SOP).

Bukan itu sahaja, Persatuan Isteri, Anak dan Anggota serta Kakitangan Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) turut berkerjasama dalam menghasilkan 525 unit pelindung muka (face mask) kepada petugas kesihatan.

Dapat diperhatikan, sejak dari krisis ini melanda, bekalan pelindung muka dan beberapa keperluan yang lain kehabisan bekalan. Justeru ia menyukarkan petugas kesihatan dalam berhadapan pesakit yang positif.

Dapat dilihat beberapa figura cuba menghulurkan bantuan. Paling disebut adalan Ustaz Ebit Lew yang setiap hari turun padang menghulurkan kelengkapan bagi memudahkan petugas barisan hadapan.

Sama-sama kita doakan rantaian wabak ini dapat dihentikan dan menemui penawarnya.

Kongsi artikel ini: