Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Selain Covid-19, isu artis dan bantuan khusus antara topik hangat di media sosial sejak akhir-akhir ini. Ianya berikutan tampil beberapa di kalangan mereka yang cuba meluahkan pendapat agar golongan pengiat seni tidak bernasib baik mendapat hak sewajarnya.
Sebelum ini, pihak Persatuan Seniman Malaysia ada mengeluarkan pendapat dan mencadangkan kepada pihak kerajaan bentuk bantuan yang perlu disalurkan. Sebaliknya ia menerima tamparan hebat dari netizen yang menyifatkan permintaan mereka melampau.
SENIMAN BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP TINDAKAN SEORANG ARTIS
Terbaru, difahamkan Seniman telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis berhubung salah seorang selebriti yang memuat naik video berunsur mengundang kritikan ataupun kencaman peminat terhadap industri seni.
Ianya dimaklumkan menerusi laman Facebook Persatuan Seniman Malaysia beberapa jam yang lepas dimana perbuatan tersebut telah membuatkan ramai artis terguris hati.
SAMPAI TERGURIS HATI
Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan secara jelas dalam perkongsian berkenaan mengenai nama artis yang dimaksudkan. Mereka hanya meminta para artis yang lain turut membuat laporan yang sama berhubung dakwaan video.
Netizen memetik nama Zarina Anjoulie individu yang dimaksudkan Seniman, memandangkan dia antara yang berani tampil dedah sikap sebenar para artis sejak isu ini dibahaskan.
SERU YANG LAIN UNTUK TURUT MEMBUAT LAPORAN
Jangan bertindak mengikut perasaan. Semoga isu ini dapat diselesaikan secara baik tanpa melibatkan pengaruh undang-undang.