Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Sempat Rasa Raja Sehari, Azar Azmi Sah Putus Tunang Dengan Penerbit Filem. Ikuti Pendedahannya

Jodoh dan pertemuan semuanya terletak di tangan Tuhan. Apa pun kita kena sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam mencari pasangan hidup.

Kisah hubungan artis yang terlerai di tengah jalan bukan lah perkara baru. Mereka juga manusia biasa seperti kita semua yang tidak dapat lari dari diuji.

AZAR AZMI PUTUS TUNANG

Terbaru, dikhabarkan pelakon cantik Azar Azmi telah pun putus tunang dengan penerbit filem tanah air. Sedikit sebanyak ianya mengejutkan ramai pihak kerana berita pertunangan mereka masih baru diwar-warkan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak memilih cinta! Azar Azmi selamat bertunang dengan duda, penerbit filem mengisi kekosongan hati

Kisah ini bukan khabar angin semata-mata. Ianya disahkan sendiri oleh pasangan Azar iaitu Hafiz Rozlan. Dia memberitahu bahawa hubungan mereka sudah pun berakhir sejak 10 Februari lalu lagi.

KEPUTUSAN DIBUAT OLEH PIHAK LELAKI

Ianya adalah keputusan Hafiz sendiri yang memutuskan keputusan untuk berbuat demikian. Namun dia tidak menjelaskan secara terperinci punca keretakan hubungan mereka berdua.

“Ya, betul kami sudah putus tunang. Keputusan untuk berpisah ini memang daripada pihak saya tapi punca kami putus terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya harap semua faham.”
“Bagi saya, semuanya soal jodoh. Jadi, sampai sini sahaja jodoh kami berdua.” Memetik kenyataan Hafiz kepada pihak mStar Online.

DAH TAK BERKAWAN SEJAK PUTUS

Akui Hafiz lagi, sejak keputusan itu dibuat, dia dan Azar juga tidak lagi berkawan. Dia meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat mereka berdua dan hubungan kembali jernih.

Sebagai rekod, pasangan ini telah mengadakan majlis pertunangan pada 1 Disember tahun lepas yang mana ianya diadakan secara tertup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga berserta kenalan rapat sahaja.

Awalnya mereka merancang untuk bertunang dalam tempoh setahun dan bakal mengadakan majlis pernikahan di penghujung tahun ini. Namun, ianya tidak kesampaian dan jodoh mereka sampai di sini sahaja.

Tempoh pertunangan adalah suatu fasa yang paling mencabar dalam suatu perhubungan. Ianya diuji untuk kita mengenali sejauh mana sikap sebenar pasangan kita kelak. Dek kerana itu lah, orang tua terdahulu selalu berpesan agar berhati-hati bila dalam tempoh darah manis.

Kredit: mStar Online

Kongsi artikel ini: