Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat memberi kesan yang sangat mendalam kepada keseluruhan rakyat Malaysia. Bukan sahaja rakyat yang bekerja biasa, malah para artis turut terkesan.
ARTIS MOHON KERAJAAN BERI INSENTIF KHAS
Beberapa individu artis meluahkan pendapat masing-masing agar pihak kerajaan memberikan bantuan khusus untuk mereka memandangkan tidak dapat mencari hasil pendapatan sepanjang tempoh kuarantin.
Sekali gus ianya mencetuskan rasa kurang selesa rakyat marhaen. Ramai pertikaikan kemana hilangnya kemewahan selama ini sehingga mereka perlu beri kenyataan sedemikian.
Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang mana akan dinikmati oleh kesemua lapisan masyarakat tanpa mengecualikan mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, ada segelintir penggiat seni seolah-olah masih tidak berpuas hati.
Sehubungan dengan itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia iaitu Zed Zaidi tampil membuka mulut dan memberi cadangan bantuan yang sepatutnya kerajaan perlu pertimbangkan kepada para penggiat seni.
ANTARA PERMINTAAN DARI SENIMAN YANG TAK MASUK AKAL
Antara yang disenaraikan bantuan secara “one off” yang diminta dari pihak kerajaan adalah:
Tuntutan yang dibuat ini ternyata mengejutkan para netizen yang mana disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak masuk akal.
PETUGAS KESIHATAN YANG KERJA LEBIH PENTING TAK DEMAND PULA
Sedangkan petugas frontliner yang bekerja bertungkus lumus langsung tidak mempertikaikan tambahan hanya RM600 kepada mereka biarpun risiko mereka lebih tinggi berbanding yang lain.
Kesimpulannya, bersyukur la dengan apa yang kita miliki. Kalau bersikap dan memandang ianya suatu perkara yang tidak cukup, sampai bila-bila ianya tidak akan cukup. Waktu tenat sebegini seharusnya kita bersatu padu dan berjimat dalam berbelanja.