Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bukan rakyat Malaysia sahaja bahkan penduduk dunia kini sedang berdepan dengan wabak Covid-19. Ianya bukan perkara yang boleh dianggap mudah. Lihat sahaja angka korban dan juga pesakit yang dijangkiti kian meningkat demi hari.
Sehingga kini kita masih belum menjumpai penawar atau pun vaksin dalam mencegah penularan wabak ini. Cuma jalan yang terbaik adalah dengan kuarantin diri sendiri dan mengelak dari berhadapan dengan orang ramai ataupun melakukan aktiviti sosial.
Seiring dengan usaha kerajaan dalam mengarahkan rakyat Malaysia untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya dibenarkan ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar dalam mendapatkan bekalan makanan.
LELAKI DAKWA MAMPU TANGKAP COVID-19
Semalam heboh di laman Facebook apabila seorang lelaki yang menggelarkan diri sebagai pengamal ilmu perubatan Islam mampu menangkap virus Covid-19 ini dan mengurungnya ke dalam botol. Dah macam tangkap jin.
Ia memuat naik beberapa rakaman video yang menunjukkan kaedah rawatan diamalkan ke atas seorang pesakit. Selepas virus ditangkap, ia akan dikurung dalam botol dan disimpal ke dalam peti sejuk.
AIR TAK MEMBEKU SELEPAS SIMPAN DALAM PETI AIS
Dia dilihat sempat membaca ayat-ayat ruqyah ketika mengubati pesakitnya yang duduk di atas kerusi sambil diperhatikan oleh beberapa pesakit yang lain.
Seperti anda fikirkan, perkongsian dari lelaki berkenaan telah menjadi topik hangat dan buah mulut pengguna media sosial disebabkan pengakuannya itu seolah-olah mencemarkan nama baik agama Islam.
STATUS SUDAH PUN DIPADAMKAN
Mereka juga mendakwa lelaki berkenaan telah menggunakan agama demi kepentingan peribadi semata-mata. Hasil tinjauan penulis terhadap laman Facebook lelaki berkenaan, perkongsiannya telah pun dipadamkan.
Apa pun, beringat lah sebelum memberi apa-apa kenyataan di media sosial. isu Covid-19 bukan lah perkara yang boleh dibuat main seperti mana mengubati santau atau buatan orang.
Kredit video: KiniTV