Apabila individu itu dikenalpasti ataupun disahkan positif Covid-19, detik itu lah peluang terakhir yang dia akan bersama ahli keluarga.

Jika bernasib baik, dia mungkin kembali sembuh jika sebaliknya pula, waris terdekat langsung tidak dibenarkan menghampiri walau seinci pun untuk menemani sehingga ke tanah perkburan.

Keadaan ini lah yang paling ditakuti oleh setiap antara kita. Perkara yang tidak diingini seperti ini lah yang selalu kita akan berdepan.

ANAK 3 TAHUN DIBAWA MENAIKI AMBULANS

Situasi ini telah dirasai oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Intan Nurdiyana. Luluh hatinya sebagai ibu apabila dia berkongsikan video di mana anak lelakinya yang baru berusia 3 tahun dibawa ke hospital menaiki ambulans.

Difahamkan anaknya, Aisy belum disahkan lagi sebagai positif Covid-19. Anaknya itu masih dibawah siasatan pihak hospital yang digelar sebagai Patient Under Investigation (PUI) memandangkan dia memiliki simptom wabak berkenaan.

“Sending my little boy to hospital today. My heart broke. Aisy belum cormfirm lagi positive covid, result kami semua belum keluar lagi tapi sebabkan dia ada show simtom, dr suggest untuk refer ke hospital  dan kemungkinan dia akan isolate di ward sana untuk tunjuan pantauan. PUI.” Kongsi sebak Intan.

Dia tidak menyangka yang mereka sekeluarga bakal berdepan dengan situasi sukar sebegini. Sebelum ini hanya melihat perkongsian orang lain di media sosial. Sudah pasti berat hati seorang ibu untuk melepaskan si kecil dalam keadaan sebegini.

SI KECIL SANGKA KELUAR UNTUK BERSIAR

Aisy hanya ditemani oleh bapanya menaiki ambulans. Dia dilihat sangat gembira kerana menyangka dibawa untuk bersiar-siar.

Tidak lama kemudian, difahamkan si kecil Intan tidak ditahan oleh pihak hospital. Aisy kemudiannya dibawa pulang semula ke rumah setelah sampel ujian diambil.

Kesimpulannya, untuk memastikan ahli keluarga dihindari dari wabak ini, kita semua harus patuh dengan arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah dan jangan melakukan sebarang aktiviti sosial.

Tidak dilupakan, kekal menjaga kebersihan dan kesihatan diri sentiasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here