Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Duduk Diam, PM Malaysia Turun “Siasat” Sendiri Barangan Keperluan Rakyat Di Pasaraya

Kita harus bertuah kerana memiliki pemimpin berjiwa rakyat seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memahami masalah yang dibebani oleh masyarakat yang sedang berdepan wabak Covid-19.

KERAJAAN PERUNTUK UNTUK SETIAP LAPISAN MASYARAKAT

Ianya dapat dilihat daripada pembentangan insetif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat pada beberapa hari lepas yang mana bantuan kewangan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengecualikan mana-mana pihak.

Sumber Facebook

Dianggarkan RM250 bilion diperuntukkan oleh kerajaan dalam memastikan nikmat ini dirasai sepenuhnya oleh kita semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Akak SuperRing Turut Merasa Biarpun Tak Undi Kerajaan Baru! Cakna Dgn Rakyat, Ucapan PM Sentuh Jiwa Penonton

PM BERJIWA RAKYAT

Menyentuh soal gaya pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, rata-rata netizen sangat bersetuju dan memuji sikap rendah diri tokoh ini. Pagi tadi beliau ada membuat tinjauan di sebuah pasaraya di ibu kota dalam melihat keadaan terkini masyarakat.

Sumber Facebook

Ianya dikongsikan sendiri menerusi Facebook beliau yang mana memuat naik beberapa keping gambar yang sedang membeli barang keperluan harian keluarga.

Menurutnya, dia berasa sangat bersyukur kerana rakyat dah mula peka isu penjarakan sosial. stok makanan juga dilihat masih lengkap dan tersusun rapi menandakan rakyat tidak perlu panik dengan bekalan semasa.

SYUKUR RAKYAT DAH MULA PEKA

“Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik.” Kongsi Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber Facebook
Sumber Facebook
Sumber Facebook
Sumber Facebook

Melihat kepada reaksi warganet, ramai yang mendoakan kesihatan beliau agar terus kuat untuk memimpin negara. Mereka berharap urus tadbir negara di masa depan lebih baik di bawah tampuk pimpinan Tan Sri Muhyiddin yang dilihat dekat dengan rakyat.

Suka penulis ingatkan orang ramai agar berbelanja secara berhemah. Tidak perlu berasa panik perihal stok makanan kerana pihak kerajaan sendiri sudah menjamin bekalan semasa.

Semoga wabak Covid-19 ini kembali reda dan ekonomi negara dapat diteruskan seperti biasa.

Kongsi artikel ini: