Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Duduk rumah! Itu lah arahan yang patut rakyat Malaysia patuhi dikala wabak Covid-19 kian menular. Ianya menjamin keselamatan dan juga terputusnya rangkaian wabak tersebut.
Walau bagaimanapun, kesan lain apabila dikuarantin adalah ada antara kita dah mula merungut kerana hilang punca pendapatan. Umum sedia maklum, tak semua masyarakat kita ada gaji tetap setiap bulan.
Masih ada yang kurang bernasib baik yang hanya mengharapkan kerja harian sebagai punca rezeki mereka. Bila dah lama berkurung, duit poket mula menipis untuk meneruskan hari mendatang.
SHUIB CUBA BETULKAN KEADAAN
Artis tidak terkecuali dan turut terkesan dengan situasi ini. Justeru, tampil beberapa orang antara mereka meluahkan pendapat masing-masing agar kehidupan mereka turut mendapat perhatian kerajaan.
Sebelum ini Tomok, Black dan Achey ada memberikan pendapat namun lain pula respon dari peminat. Pelbagai macam tomahan diberikan kepada mereka ini.
Jadi, kelmarin Shuib Sepahtu ada menjelaskan semula agar orang ramai tidak salah faham dengan kenyataan artis.
SITI SARAH TURUT TERKENA TEMPIAS
Walau bagaimanapun, Shuib turut menerima kritikan hebat peminat yang mana netizen menyifatkan lebih ramai asnaf dan fakir miskin di luar sana yang perlu diberi perhatian. Tak terkecuali, Siti Sarah menerima tempias suami.
Beberapa jam yang lalu, dia dilihat ada meluahkan rasa kesal dan sedih dengan keadaan yang berlaku ini.
TAK SEMUA ARTIS PERLUKAN BANTUAN
Kesimpulannya, kita sebagai manusia tidak dapat lari dengan ujian Allah. Sama-sama kita doakan agar wabak ini dapat dihentikan secepat yang mungkin dan keadaan kembali stabil.