Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Demi Kepuasan Ramai, Gardenia Beroperasi 24 Jam & Hasilkan Lebih 2 Juta Roti Buku Setiap Hari

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudahpun memasuki hari ke-12. Rakyat dinasihatkan agar kekal berada di rumah dan elak dari melakukan aktiviti sosial.

Semenjak PKP ini dilaksanakan, rata-rata masyarakat kita menghabiskan masa dengan mencuba pelbagai jenis menu masakan. Harus diingatkan bahawa tempoh PKP ini bukan masa untuk honeymoon.

PERLU BIJAK BERBELANJA

Waktu ini lah kita perlu bijak menguruskan perbelanjaan dan berjimat cermat agar simpanan kekal relavan dalam tempoh 6 bulan mendatang. Ekonomi juga belum tentu stabil dalam tempoh tersebut sehingga lah rantaian Covid-19 berjaya disekat sepenuhnya.

pembelian panik masyarakat kita

Namun, lain jadinya apabila ramai antara kita membuat pembelian panik. Sekali keluar berbelanja, tak cukup satu troli. Antara makanan kegemaran yang dibeli secara borong adalah megi dan juga roti.

Yang paling terkesan adalah roti Gardenia yang sememangnya jenama pilihan ramai sehingga kan bekalan roti sudah pun habis dalam masa yang sangat singkat.

Dalam pada itu, Gardenia Bakeris Sdn Bhd ada mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah pun mencapai kapasiti maksimum dalam menghasilkan roti setiap hari yang dianggarkan berjumlah 840,000 buku.

GARDENIA AKAN HASILKAN 2.2 JUTA BUKU ROTI SETIAP HARI

Melihat kepada permintaan pengguna yang naik sehingga 60 peratus, terbaru, Pengurus Besar Kanan mereka iaitu Desmond Tan menyambut baik dengan mengumumkan akan menambah tahap produksi mereka kepada 2.2 juta buku roti setiap hari.

Sehubungan dengan penghasilan ini, lima kilang mereka diarahkan untuk beroperasi selama 24 jam sepanjang tempoh PKP bagi memenuhi permintaan pengguna.

Angka 2.2 juta buku roti yang dimaksudkan adalah melibatkan kombinasi pelbagai jenis roti Gardenia seperti wholemeal, cream rolls, roti putih, twiggies dan juga buns.

PERUNCIT PERLU HADKAN PEMBELIAN ROTI

Untuk menjamin bekalan sentiasa ada, KPDNHEP mengesyorkan kepada peruncit agar mengawal dan mengehadkan pembelian roti kepada pembeli mengikut keperluan masing-masing.

Suka diingatkan, dalam keadaan tersepit, jangan lah kita mengambil kesempatan. Ada antara kita yang hanya mampu membeli mengikut kadar harian. Berbelanja lah secara sihat dan bersesuaian dengan isi rumah.

Kongsi artikel ini: