Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bawang Rangers “Basuh” Ahli Politik Taiwan Gara2 Dakwa Korban Covid Malaysia Ditanam Tepi Jalan

Internet tidak dinafikan memudahkan urusan kerja kita seharian. Kadang kala maklumat yang disampaikan juga boleh mengundang maklumat palsu dan mudah disebarkan.

AHLI POLITIK TAIWAN DISERANG BAWANG RANGERS MALAYSIA

Itu lah yang terjadi kepada ahli politik Taiwan iaitu Li Zheng Hao apabila dia diserang geng bawang rangers Malaysia kerana menyebarkan maklumat palsu mengenai negara kita dalam mengawal wabak Covid-19.

Ianya bermula setelah Li mengulas isu Covid-19 di Malaysia ketika di kaca TV Taiwan pada 24 Mac yang lalu.

BUAT KENYATAAN YANG BERCANGGAH DAN MERENDAHKAN PENGURUSAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU COVID-19

Mengikut Li, kenyataan yang dia berikan seolah-olah merendahkan pentadbiran serta pengurusan negara dalam menangani bencana. Menurut perkongsian Li yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia adalah:

Sumber Facebook Khairul Azri

Polis Malaysia bertindak kasar dalam mengawal rakyat di negara kita. Dia memaparkan video latihan PDRM yang menangkap orang awam yang tidak patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dianggap ekstrim.

GAGAL URUS MANGSA KORBAN, TANAM TEPI JALAN

Dia ada menunjukkan video orang ramai yang sesak mendapatkan tong oksigen yang berlaku di hospital walhal ianya adalah dari negara jiran, Indonesia.

Seterusnya, kisah PPE yang melibatkan kakitangan hospital di Kelantan yang menggunakan plastic sampah dan menganggap ianya pengurusan yang sangat teruk.

Dia turut menyentuh isu Malaysia sebagai negara Islam yang mana mangsa korban Covid-19 tidak boleh dibakar. Jadi disebabkan ramai yang mti sehingga dikebumikan lewat malam dan mereka ditanam di tepi jalan sebagai penyelesaian.

Sumber Facebook Li Zheng hao

LI MOHON MAAF

Namun, setelah geng bawang rangers buat kerja, Li kemudiannya tampil memohon maaf di atas perkongisanya yang mencetuskan rasa tidak senang rakyat Malaysia. Dia sudah sedaya upaya menyampaikan maklumat dengan tepat namun sebaliknya berlaku.

Semoga kisah sebegini menjadi pengajaran buat kita semua sebelum menyampaikan suatu fakta ataupun maklumat kepada umum. Takut bila dah bercanggah lain pula jadinya sehingga menyinggung perasaan orang lain.

Kongsi artikel ini: