Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Memberi Lebih Baik Dari Menerima. Tak Harapkan Kerajaan, Radin & Haniff Guna Duit Gaji Utk Sedekah

Rakyat Malaysia kini dalam proses Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Justeru ramai yang meluahkan rasa rungsing dengan keadaan ekonomi keluarga. Ada antara kita yang selama ini mengharapkan gaji harian akhirnya hilang punca pendapatan.

ARTIS BERSUARA MINTA INSENTIF DARI KERAJAAN

Tidak terkecuali adalah golongan artis yang mengharapkn gaji hari dan bergantung kepada bayaran kerja harian. Sejak akhir-akhir ini, tampil beberapa di kalangan mereka meluahkan rasa dan memberi kenyataan agar pihak kerajaan tidak pinggirkan nasib mereka.

Tindakan tersebut telah menyebabkan netizen berasa kurang selesa memandangkan selama ini mereka disifatkan hidup serba mewah. Bila tak dapat buat kerja seketika terus merungut.

Namun, tak semua artis bersikap sedemikian. Kredit harus diberikan kepada mereka yang lebih peka dengan rakyat marhaen dan lebih memerlukan dengan menghulurkan sumbangan.

RADIN DAN HANIFF HULUR SUMBANGAN

Penyampai radio Era iaitu Haniff Hamzah dan juga Radin Amir Affendy bersikap lebih matang apabila menggunakan sebahagian dari gaji mereka untuk masyarakat yang sedang tersepit.

Radin yang pernah melalui fasa kesusahan faham tentang tekanan yang dihadapi oleh masyarakat yang terkesan dalam mencari punca pendapatan sepanjang PKP ini.

Lagipun, jelasnya sumbangann yang diberikan tidak lah seberapa dan mengikut kemampuan memandangkan gaji yang diperoleh bukan besar untuk membantu secara keseluruhan.

RAMAI YANG TERPUTUS EKONOMI, MENGHARAPKAN GAJI HARIAN

Usaha yang dilakukan oleh mereka ini sudah pun dirancang sejak awal Januari lalu lagi. Sumbangan ini sahaja lah yang mereka mampu bantu memandangkan lebih ramai di luar sana yang ada kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Menurut Haniff pula, mereka terlintas untuk melakukan perkara amal ini selepas mengendalikan suatu program Reaksi Rakyat. Dia melihat pekerja di sebalik tabir dan kru produksi menanggung nasib sama selepas kebanyakan projek terpaksa dibatalkan.

TANGAN MEMBERI LEBIH BAIK DARI MENERIMA

Tambah Haniff dia percaya dengan rezeki Allah. Memandangkan dia memiliki gaji tetap bulanan. Apa salahnya untuk berkongsi bersama nikmat tersebut dengan mereka yang mengharapkan tawaran kerja yang tidak menentu.

Secara keseluruhannya, tindakan mereka berdua ini harus dijadikan contoh oleh golongan yang berpendapatan besar. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Jangan takut untuk bersedekah kerana ganjarannya lagi berlipat ganda kelak.

Kredit: Berita Harian

Kongsi artikel ini: