Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Balasan Degil Keluar Ketika Kuarantin! Tindakan Bapa Basuh Anak Macam “Snow Wash” Cuit Hati Netizen

Rakyat Malaysia telah masuk hari ke-9 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lepas. Bermacam cara kerajaan cuba untuk sedarkan masyarakat kita agar kekal berada rumah sepanjang proses PKP.

Ini berikutan membendung berlakunya lebih besar lagi rantaian wabak Covid-19. Namun sejauh mana PKP ini berkesan?

RAKYAT MALAYSIA PANDANG MUDAH PKP

Ia akan gagal dan menjadi lebih teruk lagi sekiranya masyarakat bersikap acuh tak acuh dan mementingkan diri sendiri dengan melakukan aktiviti sosial.

Lihat sahaja di media sosial, saban hari ada sahaja kisah di antara kita yang sengaja keluar rumah, siap berjonging tanpa memikirkan kesan kepada orang lain kelak.

Dilaporkan kes wabak Covid-19 semakin meningkat. Dilaporkan ia telah mencecah 2161 kes dan satu kemtian dan menjadikan jumlah keseluruhan angka korban 27 kes sehingga artikel ini ditulis.

Pelbagai usaha yang boleh kita lihat dari kerajaan agar rakyat patuh dengan PKP. Sayangnya ia bagai mencurahkan air ke daun keladi.

AYAH SANITASI ANAK ATAS MOTOR

Terbaru, heboh satu video di laman Facebook yang mana si ayah telah menghukum anak perempuan gara-gara keluar ketika proses PKP.

Dapat dilihat dari rakaman yang mana seorang ayah mencuci anaknya yang masih berada di atas motor. Ianya bagi memberi pengajaran apabila tak dengar kata untuk kekal berada di rumah.

Melihat kepada reaksi netizen, rata-rata mereka terhibur dengan tindakan lelaki berkenaan dalam memberi pengajaran kepada yang susah faham..

Mungkin ia dilihat lucu, tapi kesannya mungkin akan diingat sampai bila-bila oleh si anak kerana momen dimalukan depan umum.

NETIZEN PUJI USAHA KESEDARAN AYAH

Netizen juga memuji usaha si ayah dalam sanitasi badan anak perempuannya yang mungkin telah dijangkiti.

Justeru, suka penulis ingatkan kepada pembaca agar menggunakan masa yang ada ini untuk melakukan aktviti kekeluargaan yang mungkin selama ini kita terlepas pandang.

Sama-sama kita doakan agar Covid-19 ini dapat dipulihkan secepat yang mungkin dan kehidupan kembali seperti biasa.

Kredit: Yoy Media Via Yoy Network

Kongsi artikel ini: