Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah masuk hari ke-11 hari ini. Rakyat Malaysia diseru untuk kuarantin diri sendiri dan elak dari melakukan sebarang aktiviti sosial.
Bukan itu sahaja, dengan keadaan wabak Covid-19 yang dilihat agresif, rata-rata masyarakat hanya perlu melakukan tugasan kerja dari rumah sahaja sehingga lah keadaan kembali reda.
PASANGAN CINTA MONYET LUAH RASA RINDU ANGKARA KUARANTIN
Bercerita mengenai soal sosial, ianya memberi kesan kepada pasangan yang bercinta. Mungkin sebelum ini mereka mempunyai masa untuk keluar dan mengadakan aktiviti sosial bersama.
Namun dalam tempoh kuarantin ini sedikit sebanyak mengundang rasa gundah gulana. Itu lah yang terjadi kepada pasangan muda yang dikenali sebagai Arif Syahmi yang mula merindui kekasih kesayangan setelah lama tak berjumpa.
Dalam perkongsian Arif Syahmi, dia membahasakan diri sebagai Ayang-Bie dan mengimbau kembali saat indah mereka bersama sewaktu pulang dari sekolah diselangi dengan gelak ketawa.
PM TAK BENARKAN KELUAR
Jelasnya lagi, dia bukan tak ingin berkorban untuk keluar dari rumah. Apa kan daya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak benarkan berbuat sedemikian.
Tak terhenti di situ, Arif berjanji kepada buah hatinya agar membalas segala rasa rindu yang dipendam ini dengan menvaksinkan rindu cinta mereka setelah Covid-19 kembali reda.
MUKA DAH SEMBAB LAMA TAK KELUAR RUMAH
AKAN VAKSINKAN RASA RINDU CINTA KITA
Penulis tak tahu nak gambarkan sama ada nak menangis sedih atau ketawa dengan perkongsian adik ini. Apa pun belajar lah bersungguh-sungguh sebelum mengejar cinta yang tak tahu ke mana hala tujunya lagi.