Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ada Pihak Kurang Senang Dgn Amal Jariahnya! Ustaz Ebit Lew Tampil Mohon Maaf & Tampil Perjelas Keadaan

Dikala dilanda wabak Covid-19, ramai di kalangan kita memerlukan barang keperluan seperti pencuci tangan (hand sanitizer) dan penutup muka (face mask) yang mana kebanyakan pembekal cuba menggunakan kesempatan ini dengan menaikkan harga.

Bila dijual dengan harga yang tinggi, sudah pasti ianya amat sukar untuk dimiliki bagi golongan berpendapatan rendah, rata-rata sedang mencatu makanan untuk hari mendatang.

ADA PIHAK KURANG SENANG SUMBANGAN EBIT LEW

Ia turut terkesan kepada pihak hospital yang mana kekurangan barangan pelindungan seperti ini. Jadi untuk meringakan beban, penceramah selebriti iaitu Ustaz Ebit Lew tampil aktif memberi sumbangan kepada yang memerlukan.

Dia dilihat menghadiahkan penghawa dingin, bilik mandian sanitasi mudah alih, makanan, penutup muka dan banyak lagi kepada frontliner terutamanya.

Namun usaha Ebit Lew ini telah mengundang cakap-cakap pendakwah yang lain seolah-olah tidak senang kerja amal yang sedang dilakukan.

Sebelum ini tampil seorang pendakwah mempertikaikan kerja amal Ebit Lew yang mana telah pun melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan. Tegasnya usaha bantuan ada salurannya dan bukan boleh main terjah ikut suka memandangkan wabak Covid-19 sedang menular.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Double Standard Sebab Pengaruh Nama! Ustaz Shahrizan Beri Bayangan Perli Ebit Lew Di Instagram

Selain itu, Ebit Lew ada memberitahu yang dia menerima kiriman mesej yang mendakwa amalah sedekah yakni sumbangan yang dia lakukan dalam tempoh ini tidak ikhlas.

EBIT LEW MOHON MAAF KEPADA YANG KURANG SELESA

Justeru, dia menggunakan peluang ini untuk memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa dengan tindakannya atau tidak selesa dengan perkara yang baru sahaja dia buat.

“Dah malam bila tengok muka isteri dan anak rasa sedih. Sayu dan menangis. Saya kalau boleh langsung tak nak keluar rumah walau selangkah. Saya sangat sayang isteri dan anak-anak saya kerana Allah.”
“Saya benar-benar faham kepentingan kuarantin dan duduk dirumah. Saya hari-hari ceramah pada orang lain dari awal lagi. Itulah sentiasa pesanan saya pada semua orang stay at home. Setiap malam tengok isteri dan anak-anak dari jauh tak bagi mereka cium saya. Sedih rasa.”

BANTU SEBAB KASIHAN MELIHAT PENGORBANAN FRONTLINER

“Kita semua sebenarnya sedang benar diuji. Ya Allah padaMu kami mengadu sedih dan susah kami. KepadaMu kami semua berserah. Lepas tengok muka anak tengok email dan mesej setiap hari ada surat rasmi atau mesej dari hospital.”

“Keperluan di hospital yang teramat penting kerana ini melibatkan keselamatan mereka. Perkataan lain mereka merisikokan nyawa mereka untuk orang lain. Tengoklah berapa ramai Dr, Petugas Frontline, nurse, MA, polis, dan bahagian hadapan lain dan semuanya sekarang positif covid 19.”
“Kasihan mereka sangat. Berbaloi ke kerana gaji mereka buat semua itu. Tapi kerana Allah mereka berjuang berkorban. Ya Allah selamatkan mereka semua. Itupun ada mulut sumbang cakap macam-macam pada mereka. Sedih. Saya sayang mereka semua.”

DAH BUAT SURAT KEBENARAN SEBELUM BERI SUMBANGAN

“Begitu juga dari awal dah berapa orang kawan rapat saya kenal meninggal dalam covid ini. Semoga Allah beri pahala syahid buat mereka. Covid ini telah memisahkan kita secara zahir. Janganlah ia memisahkan dan menjauhkan hati kita.”
“Semoga Allah rapatkan hati kita semua. Sedihkan isteri tak dapat tengok suami dari mula sampai tanah kubur. Begitu juga ibubapa keluarga. Sedih. Ramai kawan saya di icu masih bergantung pernafasan. Cikgu-cikgu saya yang ajar saya masa kecil di kaurantin di hospital.”
“Setiap pagi saya melangkah keluar rumah rasa takut sangat. Saya kesana sini. Saya ada surat polis dan hospital. Surat kebenaran semuanya. Saya niat semua ini menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Kita semua menjadi sebuah keluarga.”

STAF LAIN CUTI, GUNA KUDRAT SENDIRI ELAK RISIKO PEKERJA

“Semua staf pejabat dan 3 restoren saya 53 orang semuanya cuti. 53 orang staf saya yang amat saya sayangi. Terima kaseh bekerja dengan saya selama ini. Saya sayang mereka. Saya nak suruh sesiapa hantar bekalan waktu covid untuk kerja ini saya tak berani.”
“Saya sayang mereka. Mereka cuti semuanya. Setakat ini bayar semua gaji mereka insyaAllah. Biarlah saya sendiri yang buat semua ini dan beberapa sukarelawan lain sebagai kawan bukan staf. Semoga Allah lindung saya dan kamu semua dari covid 19 ini.”

ADA YANG JATUHKAN HUKUM HARAM DAN KERJA TAK IKHLAS

“Tapi bila ada ustaz mesej saya atau team saya kata apa saya buat ini tak ikhlas dan boleh jatuh HARAM sebab rakam dan tunjukkan. Siap lepas tu update status dan kata saya di sana sini. Saya tak kesah pun. Tak rasa apa-apa.”
“Dari kecil saya rasa macam ni. Saya tak rasa sedih bila orang cakap-cakap. Tapi ustaz-ustaz terasa juga sebab saya ni baru belajar Islam.”
“Biasalah manusia ini berbeza pendapat. Takper nanti habis covid ini saya ni jumpa mereka semua seorang demi seorang. Tunggu yer nanti saya jumpa semua. Saya sayang semua kerana Allah.”

REDHA ALLAH LEBIH UTAMA

“Sedekah ada 2 jenis sembunyi dan terang-terangan. Dua-dua tetap sedekah. Disebut dalam AlQuran. Begitu juga hadis. Saya pohon Allah maafkan saya dan sentiasa beri saya keikhlasan. Pohon doakan saya itu sahaja saya dan kita semua harapkan Redha Allah.”
Kongsi panjang Ebit Lew
“Ramai juga alim guru saya beri kata doa dan dengan doa tuan puan. Terima kaseh tolong doakan saya. Gembira dakwah ini sampai pada ramai bukan Islam pm saya. Tanya tentang apa itu Islam. Gembira rasa. Kadang dakwah ini dengan kata-kata.”
“Ada masa dengan akhlak. Media ini juga boleh jadi sumber dosa atau pahala. Duit atau terkenal itu bukan boleh bawa masuk kubur pun. Entah-entah esok lusa takde. Dunia ini pun belum tentu ada. Ada yang lebih besar dari semua itu ialah Redha Allah. Itulah segalanya.”

EBIT POHON MAAF KEPADA SEMUA

“Pohon doakan yer. Baru tempah 1 lori 10 tan untuk bantu lebih banyak tempat. Terima kaseh ramai juga kawan-kawan yang berkongsi rezeki. Terima kaseh semua. Semoga Allah terima semuanya.”
“Saya minta maaf pada pada semua saya banyak buat silap salah atau lukakan hati sesiapa. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya ebit lew minta maaf pada semua. Saya salah.”
“Saya tak pandai. Saya cuma cina baru belajar Islam. Saya bukan ustaz atau pendakwah. Saya cuma sayangkan Islam ini dan negara ini lebih dari nyawa saya sendiri.” Kongsi panjang Ebit.

Semoga kita dihindari dari perasaan riak dan juga iri hati sesama manusia. Kerana sikap sebegini lah masyarakat kita mundur dan jauh ketinggalan di belakang.

Kongsi artikel ini: