Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tegas Ajar Anak Mengaji! Mimik Muka Aaisyah Bila Kena Tegur Dengan Che Ta Curi Tumpuan Netizen

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memaksa rakyat untuk kekal berada di kediaman masing-masing dan melakukan aktiviti sihat bersama keluarga. Selebriti tidak terkecuali dalam memenuhi arahan dari kerajaan ini.

Sejak PKP diarahkan pada 18 Mac 2020, keseluruhan pasukan produksi dan juga artis perlu menghentikan penggambaran sementara waktu sehingga lah keadaan wabak Covid-19 kembali pulih seperti sedia kala.

ARTIS TURUT TUNJUK CONTOH BAIK

Dapat dilihat perkongsian segelintir artis di laman sosial dalam melakukan aktiviti sihat dan juga memberi kesedaran kepada netizen agar akur untuk berada kekal di rumah dan patuh dengan PKP ini.

Yang membanggakan adalah apabila mereka turut menunjukkan contoh baik memuat naik mengadakan tadarus dan membaca Al-Quran dalam mengisi masa yang terluang.

CHE TA TEGAS AJAR ANAK MENGAJI, AAISYAH TARIK MUKA

Antara yang tidak terkecuali adalah Rozita Che Wan atau lebih selesa disapa Che Ta apabila berkongsikan momen sedang mengajar anak comelnya, Aaisyah membaca Al-Quran dalam mengenal surah lazim.

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Che Ta begitu tegas mengajar anak daranya sehinggakan Aaisyah menarik muka gara-gara ditegur.

 

View this post on Instagram

 

Salam isyak semua . #aaisyahdhiarana

A post shared by AAISYAH DHIA RANA (@aaisyahdhiarana111) on

“Salam Isyak semua.” Kongsi ringas Aaisyah.

Melihat kepada reaksi pengikut Aaisyah, ramai yang terhibur melihat kepada mimik muka yang ditunjukkan oleh anak Che Ta. Che Ta juga mula perlahankan suara setelah anaknya seolah-olah mula untuk merajuk.

LUNAK SUARA CHE TA-NETIZEN

Selain itu, mereka turut memuji kelunakan suara Che Ta mengaji. Bukan sekadar cantik dan pandai berlakon sahaja malah mempunyai ilmu agama di dada.

Kesimpulannya, sebagai penjaga perlu memberikan didikan seimbang kepada anak-anak. Sebaiknya sentiasa ingatkan si kecil dalam mengenal Sang Pencipta dan juga menjaga solat dalam kehidupan seharian.

Ingat lah bahawa anak ini umpama kain putih yang mana ibu bapa adalah penentu coraknya.

Kongsi artikel ini: