Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama pengacara popular Azwan Ali atau selesa disapa Diva AA kembali hangat diperkatakan umum selepas namanya terpalit dengan tuduhan menghiina kakitangan perubatan Hospital Putrajaya baru-baru ini.
MENGAKU NIAT UNTUK MENYAKITI HATI ORANG LAIN
Sebelum ini, Diva AA menggunakan laman Youtubenya “DIVAAATERSOHOR” telah memuat naik rakaman jelik yang mana bersifat dengan sengaja untuk menyakiti hati orang lain.
Sehubungan dengan kejadian ini, Hospital Putrajaya telah pun membuat laporan polis pada Selasa lepas terhadap video berkenaan yang mana boleh menjejaskan kredibiliti pegawai perubatan yang bertugas dalam mengendalikan kes Covid-19.
Menurut kenyataan Pengarah Hospital Putrajaya iaitu Datuk Dr. Nora’I Mohd Said memebritahu video berkenaan mampu memberikan impak kerana mendapat jumlah tontonan yang tinggi.
DIVA AA DIDENDA RM17,000 DAN BOLEH DIBAWA HUKUMAN PENJARA
Diva AA bagaimanpun sedar kesalahan tersebut dan telah membuat permohonan maaf kepada Hospital Putrajaya pada Khamis lalu kerana telah mengeluarkan kata-kata ksat terhadap pegawai mereka.
Kes ini yang dibawa ke mahkamah dan Diva AA mengaku bersalah atas tuduhan menghiina. Justeru, hakim iaitu Azura Alwi telah menjatuhkan hukuman denda RM17,000 dan dia boleh dihukum penjara selama 6 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang dikenakan.
Selain itu, Azura Alwi turut memerintahkan Diva AA agar membuat permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah.
JAGA TATACARA DI MEDIA SOSIAL, ADA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DIBAWAHNYA
Diva AA atau Azwan Ali didakwa mengikut peruntukan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang mana boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM50,000 ataupun penjara selama tidak melebihi setahun atau keduanya sekali jika sabit kesalahan.
Semoga kisah ini memberi pengajaran kita semua dalam menjaga tingkah laku di media sosial. Tak bermakna kita boleh memberikan komen sesuka hati tanpa fakta sebenar memandangkan ada diperuntukan undang-undang untuk mengawalnya.