Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bila berlakunya bencana, sudah pasti yang paling ditakuti ramai adalah sumber pendapatan untuk meneruskan hidup selepas ini.
Seperti mana yang dilalui oleh rakyat Malaysia kini khususnya yang sedang berdepan dengan wabak Covid-19, ramai di antara kita mula hilang punca pendapatan ekorang arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ianya bagi membendung rantaian wabak dari terus merebak. Kesan kurang baik disebalik proses ini rakyat mula hilang mata pecarian namun, kerajaan kita masih peka dengan situasi ini.
SEMUA LAPISAN AKAN MENIKMATI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT
Terbaru, jam 3.00 petang tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang dianggarkan bernilai RM250 bilion.
Dalam pakej ini, kesemua lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan agama turut merasai tanpa seorang pun dikecualikan.
Namun, yang menarik perhatian ramai adalah ucapan terakhir yang disampaikan oleh PM yang sedikit mengundang rasa sebak orang ramai.
Umum telah mengetahui negara kita berdepan dengan krisis politik baru-baru ini sehingga ada yang menggelarkan kerajaan dibina sekarang adalah dibentuk dari pintu belakang.
UCAPAN PM MENYENTUH HATI PENONTON
Dapat dilihat biar pun kerajaan ini baru dibentuk, tetapi ianya dilihat sangat matang dalam mengendalikan situasi yang mungkin memberi kesan ekonomi kepada rakyat dan juga negara.
Semoga usaha dari kerajaan ini dalam membantu rakyat di negara kita dipermudahkan dan menjamin kestabilan ekonomi kelak.