Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Artis Sendu Tapi Tak Minta Bantuan. Jimmy Shanley Buka Mulut Isu Artis Minta Insentif Kerajaan

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rata-rata antara kita dibelengu dengan masalah ekonomi. Bagi yang kerja harian, perintah ini mampu melumpuhkan keadaan semasa untuk menjamin kelangsungan hidup.

ARTIS TURUT BERASA RISAU

Tidak terkecuali, golongan artis turut sama terkesan. Ada beberapa di antara mereka meluahkan pendapat dan memohon pihak kerajaan agar tidak meminggirkan nasib yang dialami mereka kini.

Oleh yang demikian, siang tadi Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan peruntukan sebanyak RM250 bilion bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat. Ianya meliputi segenap lapisan masyarakat tanpa mengecualikan mana-mana pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Akak SuperRing Turut Merasa Biarpun Tak Undi Kerajaan Baru! Cakna Dgn Rakyat, Ucapan PM Sentuh Jiwa Penonton

PERKONGSIAN JIMMY SHANLEY TARIK PERHATIAN

Beberapa jam yang lepas, status perkongsian pengacara televisyen, Jimmy Shanley telah pun menarik mata netizen berikutan isu artis yang turut memohon insentif dari pihak kerajaan.

Akui Jimmy, dia bukanlah artis terkemuka dan boleh dianggap sendu namun tidak meminta dari pihak kerjaan. Malah yang membanggakan adalah apabila dia menawarkan bantuan kepada yang memerlukan terutama golongan ibu tunggal.

Sumber Instagram
“Rezeki dari Allah. Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut. “Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun? Maka semut itu menjawab “wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun.”
“Maka Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu.”
“Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu.”
Sumber Instagram

SEMUT PUN YAKIN DENGAN REZEKI ALLAH

“Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi, “Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun? Maka semut itu menjawab, jika diluar botol ini aku yakin Allah akan bagi rezeki yang cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tidak yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup.”
“Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun. Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat.”
“Begitulah kisah seekor semut yang cukup yakin dengan Rezeki Allah kepadanya. Manusia macam kita kalau tidak yakin dengan Rezeki Allah maka lebih teruk daripada semut. Yakinlah rezeki milik Allah, ianya milik Allah secara mutlak.” Kongsi panjang Jimmy perihal rezeki.

Demikian lah sepatutnya apa yang perlu kita rasa. Tak perlu untuk rasa takut dengan rezeki yang penting sentiasa berusaha. Sedangkan selama ini mampu untuk hidup mewah, gadai kan seketika kemewahan itu demi masa depan dalam keadaan suntuk sebegini.

Kredit: Instagram Jimmy Shanley

Kongsi artikel ini: