Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dengan keadaan jangkitan wabak Covid-19, bukan negara kita sahaja yang memerintahkan rakyat untuk kekal berada kediaman dan melakukan kerja dari rumah.
Antara negara lain adalah Sepanyol, Amerika Syarikat dan terbaru negara jiran Thailand mengarahkan penduduknya kuarantin di rumah masing-masing sehingga keadaan kembali pulih.
Ini berikutan aktiviti sosial dan berada di tempat kawasan tumpuan ramai mampu membina rantaian Covid-19 yang sangat besar.
KERJA DARI RUMAH ADA CABARAN TERSENDIRI
Tanggungjawab dalam melakukan kerja dari rumah bukan lah suatu perkara mudah. Kadang kala ianya mampu mengundang seribu satu masalah dengan kehadiran anak kecil dan juga pasangan kita yang mungkin kurang peka dengan tugasan.
Selain itu kelengkapan kerja juga berkurang dan mengehadkan keperluan kerja. Oleh itu, bekerja dari rumah turut memerlukan masa untuk kita menyesuaikan diri dengan keadaan baru.
AKSI SUAMI JADI PUNCA MESYUARAT ATAS TALIAN ISTERI TERGANGGU
Seperti mana video yang menjadi perhatian ramai sehingga mendapat jumlah tontonan lebih 2 juta di laman Twitter. Ianya bermula apabila isteri sedang membuat sidang mesyuarat di atas talian di ruang tamu rumahnya.
Tiba-tiba aksi memalukan muncul apabila seorang lelaki didakwa suaminya berjalan ke arah wanita berkenaan dengan hanya berseluar dalam. Maklum lah, dah berada dalam rumah je kan.
Wanita berkenaan cuba memberi isyarat tangan agar suaminya beredar dari kelihatan pandangan kamera namun sekali lagi keadaan menjadi huru-hara apabila dia terlanggar pintu dengan kuat dan terpelanting ke belakang akibat panik.
Behind every successful woman is an unsuccessful man not wearing any pants:pic.twitter.com/GZsKPsXhub
— Joshua Self-QuaRayntine (@joshuaray) March 24, 2020
PASTIKAN PASANGAN PAKAI SELUAR KETIKA BERADA DI RUMAH
Dapat didengar suara ketawa yang mungkin ahli mesyuarat lain yang sedang bersidang ketika itu. Daripada video berkenaan, netizen merumuskan agar:
Ok if you’re still here let’s sum up the Working From Home and Teleconferencing Rules™
1. Make sure your partner knows your schedule + wears pants
2. Lock the door so your kids don’t barge in
3. Do NOT take your laptop/phone w/ you to the bathroom 👇🤢pic.twitter.com/Jgm2gbcOgO— Joshua Self-QuaRayntine (@joshuaray) March 24, 2020
Justeru, lebih baik mengambil langkah selamat bila berada di rumah dan ketika melakukan tugasan kerja. Takut nanti kantoi dengan rakan sepejabat keadaan sebenar rumah anda.
Pastikan sentiasa berada di rumah dan melakukan aktiviti sihat bersama keluarga.