Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan kepada rakyat Malaysia, sudah pasti lebih banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga. Masuk hari ke-9 PKP, dah ada antara kita merungut dah mula berasa bosan.
BOSAN SEBAB TAK RETI GUNA PELUANG
Bosan berpunca kita tak pandai menggunakan peluang yang ada ini sebaiknya. Sebelum ini alasan masa terhad dan sibuk dengan urusan kerja sehinggakan tanggungjawab terhadap keluarga diabaikan.
Bila dah terkurung macam ini, seharusnya masyarakat perlu pandai menguruskannya. Perbanyakkan komunikasi dengan anak-anak supaya hubungan mereka kembali baik dengan penjaga. Selain itu, tidak ada salahnya jika giliran suami mengambil tugas isteri membantu meringankan beban di dapur.
Maklum lah, bila asyik terperap je perut pulak buat hal asyik mengidam macam-macam. Yang tak pandai memasak boleh juga mengambil peluang ini untuk mengetengahkan bakat atau belajar menu-menu baru.
JEP AJAR, TUTORIAL LIPAT BAJU PULAK
Seperti mana yang dilakukan oleh pelakon dan juga pelawak terkenal tanah air, iaitu Jep Sepahtu. Dia bukan sahaja pandai melawak malah boleh dikatakan ringan tulang bila berada di rumah.
Sebelum ini Jep ada berkongsikan dengan peminat mengisi masa terluang dengan membuat kuih “welcome-welcome”. Dan terbaru, sekali lagi Jep menarik perhatian peminatnya apabila membantu Sari Yanti melipat kain pula.
View this post on Instagram
Duduk rumah ye semua 🙏🏻 #perintahkawalanpergerakkan #stayathome #covid_19
Memang aura kelakar Jep bukan sekadar di kaca televisyen ataupun sebagai DJ radio semata-mata. Dalam aksi melipat kain pun boleh menggelikan hati penonton.
SUAMI IDAMAN-NETIZEN
Melihat kepada reaksi pengikutnya, rata-rata mereka memuji tindakan baik yang ditunjukkan oleh pelawak berusia 34 tahun ini dalam meringakan beban Sari Yanti yang sedang sarat mengandung.
Waktu kuarantin sebegini lah kita perlu baiki hubungan kekeluargaan dan juga manjakan isteri. Bila difikirkan balik, ada hikmah sebenarnya Tuhan turunkan ujian Covid-19 kepada umat manusia.
Sejak akhir-akhir ini, ramai antara kita lebih mengejar urusan dunia berbanding akhirat. Sama-sama kita mengambil ikhtibar dari apa yang terjadi dan semoga wabak Covid-19 diangkat Allah secepatnya.