Nasib kita sebagai manusia tidak sama. Ada yang diuji dengan kemewahan dan ada pula yang diuji dengan kesempitan hidup.

Kehidupan di masa kini, wang adalah asas utama. Segala benda yang ada kini memerlukan penukaran wang ringgit untuk milikinya.

ADA GOLONGAN TIDAK BERNASIB BAIK, HILANG PENDAPATAN

Tambahan pula rakyat di negara kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana kita perlu bertanggungjawab kuarantin diri dan keluarga di rumah.

Ianya tidak menjadi masalah kepada golongan yang berpendapatan tetap. Setiap bulan gaji masih lagi berjalan seperti biasa biar pun bekerja dari rumah. Tak semua bernasib baik.

Masuk hari ke-9 PKP, ada di kalangan kita yang mula risaukan ekonomi keluarga. Yang dahulunya boleh keluar berniaga untuk dapatkan hasil tambahan kini keadaan mereka bertambah genting.

PAKCIK MASIH BERLEGAR CARI KOTAK

Dan perkara ini yang telah terjadi kepada seorang lelaki yang bergelar Pakcik Ahmad apabila dia dilihat masih berlegar di sekitar kawasan pembuangan sampah semata-mata ingin mencari barangan terpakai yang boleh dijual sebagai punca pendapatan sementara.

Menurut suatu perkongsian oleh Joe Hashim di laman Facebook beberapa jam yang lepas, awalnya dia ternampak keadaan pakcik ini dan ada memaklum agar kembali pulang ke rumah. Namun amat menyedihkan bila mendengar masalah yang dihadapi.

TIADA DUIT UNTUK BELI MAKANAN KEPADA KELUARGA

Jelas Pakcik Ahmad, dia terpaksa keluar untuk mencari rezeki berikutan ketiadaan wang untuk memberi makan keluarga di rumah dan juga dalam mendapatkan penutup muka.

“Assalamualaikum. Saya mewakili pakcik Ahmad ingin memohon maaf kepada semua pihak atas viral yang berlaku di area KFC sg dua butterworth pagi tadi.”
“Ingin saya maklumkan sebenarnya pakcik ni kutip barang recycle (kotak) hanyalah sebagai partime sahaja, mengisi masa lapang, pakcik juga berkerja sambilan sebagai siak di surau Al-Falah Taman Mahsuri Sg Dua.”

“Saguhati di beri setiap bulan. Juga mengambil upah mencuci rumah sekiranya di panggil.”

JANGAN CEPAT MENGHUKUM

“Pakcik juga berharap hentikan segala viral yang sebegini, kerana pakcik serta keluarga berasa amat malu dan akan mengikut arahan PKP. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan beliau. Sekian.”

Bukan ingkar dengan arahan tetapi keadaan memaksa untuk menanggung keluarga di rumah. Semoga berita yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri kita Jumaat ini bakal mengembirakan rakyat Malaysia keseluruhannya dalam menghadapi kekangan seperti ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here