Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cabaran Mengarut #CoronavirusChallenge! Video Influencer Jilat Mangkuk Jamban Terima Padah Akhirnya

Dengan adanya teknologi seperti internet tanpa wayar, ianya banyak membantu manusia dalam mengetahui perkembangan semasa. Semuanya kini hanya di hujung jari dan segalanya boleh diakses pada bila-bila masa.

Namun, setiap perkara akan hadir kesan buruknya. Begitu juga dengan teknologi internet yang mana ianya mampu mengundang risiko sekiranya individu itu terlalu obses dan tidak dapat mengawal keadaan.

WUJUD TREND #CORONAVIRUSCHALLENGE

Dalam dunia sedang sibuk mencari penawar untuk wabak Covid-19, entah macam mana boleh pula wujud trend ataupun cabaran mengarut yang dikenali sebagai #CoronavirusChallenge. Umum mengetahui bahawa setiap perkara baru akan diikuti dengan challenge.

Namun kali ini sangat tak masuk akal apabila ada yang berani menyahut cabaran dengan membuat video menjilat mangkuk tandas. Semuanya adalah kerana semata-mata untuk mengejar jumlah tontonan yang tinggi di internet.

Salah seorang influencer terkenal dari Beverly Hills, California tidak melepaskan peluang untuk menerima cabaran tersebut biar pun ianya dilihat sangat kotor. Dia dikenali sebagai Larz.

TAK MASUK AKAL, JILAT MANGKUK TANDAS

Awalnya cabaran ini dilakukan oleh seorang wanita yang memuat naik video TikTok sedang menjilat mangkuk tandas di dalam sebuah pesawat dan kemudiannya ia semakin menular.

Larz telah memuat naik video memasuki tandas awam pada beberapa hari lepas. Dalam tandas tersebut dia mencangkung di tepi dan kemudian menjilat di bahagian bibir mangkuk. Kononnya mencabar Corona Virus.

SAH POSITIF COVID-19

Berani cabar, berani tanggung! Itu lah yang dihadapi oleh pemuda berusia 21 tahun ini apabila dia disahkan positif Covid-19 selepas dua hari melakukan adengan tersebut.

Sumber dailymail

Walau bagaimanapun ia tidak dinyatakan secara terperinci bagaimana jangkitan itu boleh terkena terhadap Larz. Malangnya kini dia berada di katil hospital dan dalam proses kuarantin.

Sebab itu lah orang tua-tua cakap jangan terlalu galak atau mencabar kuasa Tuhan. Demikian jaga lah diri dan jangan terlalu obses dengan cabaran mengarut yang wujud di internet. Kadang kala ianya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

#StayAtHome #Covid-19
Kongsi artikel ini: