Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Lepas satu masalah, muncul lagi satu masalah lain. Kita masih lagi dalam belengu dengan wabak Covid-19 namun di daerah Yunnan, China dikhabarkan telah menerima ancaman penyakit yang lain.
VIRUS BARU DIKENAL PASTI-HANTAVIRUS
Ianya dikenali sebagai Hantavirus. Sekali lagi ia mencetuskan kebimbangan rakyatnya yang baru sahaja ingin menarik nafas lega apabila bilangan kes baru Covid-19 semakin berkurangan.
Kisah penyakit baru ini dikongsikan oleh media China menerusi Twitter Global Times yang melaporkan seorang lelaki telah jadi korban pertama ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki bas persiaran.
Hasil pemeriksaan, mangsa didapati positif Hantavirus. Sehubungan dengan itu, seramai 32 penumpang lain yang turut sama dalam bas berkenaan diperiksa.
Dapat dilihat bermacam reaksi dari rakyat China sendiri ekoran kes baru ini. Mereka menyifatkan bahawa Hantavirus adalah Covid-19 versi 2.0 dan bermacam persepsi negatif mula dilontarkan demikian kes baru ini.
JANGAN PANIK, HANTAVIRUS TAK BERFUNGI SEPERTI COVID-19
Ekoran daripada kejadian tersebut, pihak berkuasa tempatan dan juga pakar kesihatan tampil memberikan penjelasan agar orang ramai tidak perlu khuatir dengan virus baru yang dikesan ini. Ini berikutan Hantavirus bukan lah berfungsi seperti Covid-19 yang boleh merebak antara manusia.
Apa yang perlu kita tahu adalah Hantavirus ini boleh dijangkiti hanya menerusi habuk yang telah dicemari oleh air liur ataupun najis tikus. Manakala simptom untuk virus tersebut adalah seperti demam, sakit otot, batuk, mual, sakit kepala dan juga muntah.
Walau bagaimanapun, dia seakan Covid-19 juga apabila gelaja seperti di atas kemungkinan tidak dialami oleh pesakit malah mengambil masa 6 minggu untuk gejala itu dirasai. Jadi sebaiknya kekal dengan memakai topeng muka bagi mengelak habuk yang dicemari.
DIKESAN SEJAK 1950 DAN ADA VAKSIN
Menurut perkongsian dari pakar kesihatan dan juga neurosains yang dikenali sebagai Dr. Sumaiya Shaikh, Hantavirus bukan lah suatu perkara baru. Ianya telah pun dikesan sejak tahun 1950 lagi dan telah ada vaksin untuk menangani virus ini.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak berasa cemas dengan penyakit yang dikatakan baru dikesan ini melainkan anda ada merancang untuk masak gulai lemak tikus sebagai hidangan malam anda.
Konklusinya, segala penyakit yang muncul disebabkan kerakusan manusia dalam tidak memilih etika pemakanan. Jadi, jaga lah kebersihan sentiasa dan kekal memakai topeng muka bila berada di luar kawasan rumah.