Sebentar tadi Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengutuskan untuk melanjutkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ke tarikh 14 April 2020.

BILANGAN KES SEMAKIN MENINGKAT

Ini menandakan bahawa kerajaan sangat komited dan memandang serius berkenaan wabak Covid-19 yang dilihat semakin garang. Lihat sahaja peningkatan kes setiap hari di negara kita.

Angka terkorban sudah pun mencecah kepada 19 orang dan penambahan 172 kes baharu sehingga artikel ini ditulis menjadikan jumlah keseluruhan 1,796 kes.

Sumber Twitter KKM

Masuk hari ke-8 PKP, dapat dilihat masih ada antara masyarakat kita yang berdegil berada di luar kawasan rumah dan mengadakan aktiviti sosial.

BERPUSU-PUSU ORANG RAMAI DAPATKAN SUMBANGAN BANTUAN

Dan terbaru, heboh di laman Facebook berkenaan satu video yang mana orang ramai berpusu-pusu menerjah mendapatkan bekalan bantuan.

Boleh dilihat daripada rakaman, orang ramai tidak lagi kisah mengenai penjagaan jarak (social distancing) dan berebut dalam suatu kelompok yang tidak tahu dari mana latar belakang mereka.

Sudah pasti ianya mampu mengundang seribu satu masalah sekiranya salah seorang mereka dijangkiti wabak Covid-19 ini.

HILANG PUNCA PENDAPATAN

Tidak dinafikan, dalam keadaan PKP ini, tidak semua yang bernasib baik. Ada antara kita yang tengah kusut memikirkan untuk memberi makan kepada keluarga. Ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Sumber kewangan dan mata pencarian sudah tertutup buat seketika menjadikan mereka terdesak dalam mendapatkan bekalan.

PIHAK PENGANJUR PERULU CARI ALTERNATIF LAIN UNTUK MENDERMA

Seharusnya pihak yang memberi sumbangan ini menggunakan saluran yang betul. Bukan lah memberi bantuan dengan keadaan terbuka sebegini yang mendedahakan berkumpulnya ramai orang.

Melihat kepada reaksi netizen, mereka sangat kesal dengan tindakan penganjur yang tidak peka dalam mengekang rantaian Covid-19 yang sedang melanda dunia.

Sudah pasti niat baik ini tidak menghalalkan cara yang dibuat. Mereka memberi pandangan bahawa sebaiknya sumbangan diberikan dari rumah ke rumah dan di bawah pemantauan pihak berkuasa.

Keseluruhannya, penganjur perlu bertanggungjawab sebelum melakukan apa-apa aktiviti sumbangan secara terbuka seperti ini. Jangan disebabkan nila setitik, rosak habis susu sebelanga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here