Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun memasuki hari ke-8. Siang tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa ianya dilanjutkan sehingga ke 14 April 2020.

Proses PKP atau kuarantin ini bukan lah perkara yang boleh dianggap suka-suka. Ianya bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ke dalam masyarakat kita daripada menjadi lebih teruk lagi.

Sehingga kini masih belum ada ubat atau vaksin yang mampu mencegah wabak ini. Bukan sahaja rakyat biasa yang perlu menghadapinya bahkan artis tempatan turut sama melaksankan arahan dari pihak kerajaan ini.

VIDEO TERBARU AERIL CURI TUMPUAN NETIZEN

Terbaru, Suhairil bin Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel sekali lagi menarik minat netizen dengan berkongsikan gelagat lucunya di laman Instagram sebentar tadi.

Umum sudah pun mengetahui suami Wawa Zainal ini memiliki sifat humor di sebalik wajah tampannya itu. Sebelum ini dia pernah berkongsikan gelagat lucu tarian TikTok bersama anak peremuannya Hayla.

Mungkin terlampau bosan, Aeril hadir sekali lagi berkongsi momen kononnya dia sedang disakat oleh Wawa ketika hendak tidur. Kejadian tersebut masuk akal dan lakonannya sangat menjadi.

 

View this post on Instagram

 

Wawa ni. Org nak tido pun tak tenang .. Hmmmm entahla…

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

RAKAM GUNA KAKI SENDIRI

Walhal disebalik video berkenaan ianya dirakam sendiri menggunakan kaki Aeril. Ianya turut sengaja dikantoikan apabila dapat dilihat menerusi pantulan cermin yang ada di belakangnya itu.

Dah nama pun pelakon kan. Bagi je apa watak sudah pasti dapat dijayakannya. Perkongsian Aeril ini mendapat lebih dari 300,000 jumlah tontonan hanya dalam masa sejam ianya dikongsikan.

TAK BETUL DAH SUAMI AKU-WAWA ZAINAL

Melihat sahaja kepada reaksi peminat, mereka mengandaikan bahawa punca Aeril berkelakuan masuk air disebabkan bosan tahap maksima di musim Covid-19.

Tak pasal-pasal nama isteri pula yang dipetiknya. Wawa tidak mendiamkan diri apabila dia turut meninggalkan komen di perkongsian tersebut.

“Tak betul dah suami aku.” Respon pendek Wawa.
Sumber Instagram

Kesimpulannya, sentiasa lakukan aktiviti sihat sepanjang tempoh PKP ini bagi mengelak tekanan perasaan atau rasa bosan yang melanda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here