Kebahagiaan rumah tangga terletak kepada sikap suami isteri yang saling menerima kekurangan berbanding kelebihan yang dimiliki.

MENANTI SAAT TIMANG CAHAYA MATA

Dalam meniti hari sebagai suami isteri, pelakon Eyra Hazali dan suami yang juga merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim iaitu Muhammad Haziq Nadzli dilihat sangat bahagia apabila sering kali memuat naik momen romantis di media sosial.

Difahamkan pasangan muda ini bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulong mereka. Dapat diperhatikan baby bump sudah pun kelihatan di setiap gambar baru perkongsian Eyra.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia kini sedang melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan sehingga 14 April. Biar pun baru masuk hari ke-8, rata-rata antara kita sudah pun meluahkan rasa bosan terkurung di dalam rumah.

SUAMI SERING BATALKAN WUDUK EYRA ELAK RASA BOSAN

Namun harus diingat, ianya adalah tindakan terbaik buat masa ini dalam mencegah penularan wabak Covid-19.

Eyra dan suami tidak terkecuali turut sama melalui fasa bosan ini. Dan terbaru melalui perkongsian di Twitter, Eyra menjelaskan yang Haziq sering sahaja mengusiknya akibat bosan sepanjang tempoh kuarantin ini.

Ada sahaja yang dibuatnya dan pelakon cantik ini mengakui jarinya hampir kecut kerana kerap kali mengambil wuduk. Ini kerana tindakan Haziq yang suka menyakat dengan membuat misi batalkan wuduk ketika ingin solat.

“Bosan sangat suami i ni sampai hari-hari mission dia batalkan wudhu’ orang. Solat 5 minit boleh jadi 5 jam. Kecut dah jari-jari semua kalau hari-hari mcm ni.” Kongsi Eyra.
Sumber Twitter

PEMINAT BUJANG MULA RASA CEMBURU

Boleh tahan sweet pasangan ini! Melihat kepada reaksi peminat, rata-rata mereka turut merasai perasaan yang sama dengan penulis iaitu cemburu dengan hungan romantis pasangan ini. Ada sahaja perkongsian yang membuatkan peminat rasa menyesal kerana masih lagi bujang.

Sumber Twitter
Sumber Twitter

Konklusinya, ada hikmah disebalik pelaksanaan PKP yang mana sekurang-kurangnya aktiviti kekeluargaan dapat dilakukan bersama setelah sebelum ini sibuk dengan urusan kerja harian.

Ketika ini juga lah pasangan suami isteri dapat menggunakan peluang untuk berbulan madu di rumah masing-masing dan bermain dadu untuk menentukan tugasan kerja rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here