Pelbagai ragam dan kerenah rakyat Malaysia dalam mengharungi wabak Covid-19. Daripada sikap degil sehingga lah tidak bertanggungjawab dengan diri sendiri.

“PRAMUGARI” LARI SARINGAN SEBAB LAPAR

Dilaporkan semalam seorang wanita berusia 21 tahun dikhabarkan bekerja sebagai pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan di Singapura bertindak melarikan diri daripada menjalani ujian saringan Covid-19.

Awalnya dia mengalami masalah demam sejak 13 hari lalu selepas mengakui baru pulang dari Singapura.

Dia yang dikenali sebagai Mitchell Adriyana Abdul Malik kemudiannya tampil memberikan penjelasan setelah menerima teguran dari pihak netizen kerana bersikap mementingkan diri sendiri.

Alasan melarikan diri adalah disebabkan tidak tahan lapar dan tidak diberi makanan serta minuman sepanjang proses isolasi di bilik saringan.

BUKAN LAH PRAMUGARI SEPERTI DIDAKWA

Kejadian tersebut berlaku di Hospital Parit Buntar, Perak. Namun dalam perkembangan terbaru, dikhabarkan wanita berkenaan bukan lah seorang pramugari seperti mana diwar-warkan media sebelum ini.

Dia hanya pernah mengikuti kursus berkaitan bidang tersebut selama sebulan di Sungai Besi pada November tahun lalu.

MILIKI SIMPTOM PSIKIATRI DAN DIRAWAT HOSPITAL TAIPING

Kisahnya ini juga disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kerian iaitu Seperintendan Omar Bakhtiar Yaacob yang memberitahu wanita yang disyaki Covid-19 ini juga memiliki simptom psikiatri atau lebih tepat lagi kurang siuman.

Doktor yang merawatnya di Hospital Taiping turut mengesahkan maklumat ini dan berkemungkinan dia akan terus mendapat rawatan psikiatri di sana selepas ini.

Bapanya iaitu Abdul Malek Ahmad turut tampil memberitahu bahawa anaknya bukan lah seorang pramugari dan tidak bekerja. Sebelum ini wanita berkenaan pernah memaklumkan kepada bapanya yang dia bekerja di kedai telefon di Sungai Dua, P. Pinang.

LELAKI BERSAMANYA HANYA KENALAN DUA MINGGU

Dan ternyata itu hanya lah alasan wanita berkenaan untuk lari keluar dari rumah mereka. Manakala seorang lelaki yang didakwa sebagai abang kandungnya pula didapati hanya lah kenalan yang baru dikenali dua minggu sebelumnya.

Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta lelaki berkenaan tampil untuk turut sama membuat ujian saringan Covid-19 kerana dia berkemungkinan dijangkiti kerana menjadi kontak rapat wanita ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here