Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Terus Mengganas! Warga Malaysia Jadi Angka Korban Seterusnya Covid-19 Di London

Siapa sangka yang dahulunya Covid-19 hanya dipandang sebelah mata oleh manusia kini mampu mengorbankan banyak nyawa. Ia bukan sekadar menjadi kegerunan rakyat Malaysia, malah penduduk dunia keseluruhannya.

Lihat sahaja angka terkorban hari ini di Malaysia yang meningkat kepada 15 orang sehingga artikel ini ditulis. Sudah pasti ramai yang tidak mahu mengalami nasib yang sama.

WARGA MALAYSIA DI LONDON JADI KORBAN COVID-19

Dilaporkan seorang warga negara Malaysia yang menetap di London antara mangsa korban Covid-19 di negara berkenaan.

Sumber Facebook

Individu tersebut dikenali sebagai Husin Long yang sudah pun berumur 75 tahun. Allahyarham diberitakan meniggal dunia di Hospital Royal Free pada jam 5 petang Ahad lalu. Berita ini disahkan sendiri oleh anaknya iaitu Muhammad Ali.

Difahamkan pada mulanya Allahyarham mengalami simptom-simptom demam panas serta kesukaran untuk bernafas. Tetapi hanya mengambil ubat tahan sakit.

DIBAWA KE HOSPITAL SETELAH KEMBALI SUKAR BERNAFAS & PUCAT

Kemudiannya dia dibawa ke hospital yang dimaksudkan untuk menjalani saringan apabila dia kembali sukar untuk bernafas dan kelihatan agak pucat.

Sumber Facebook

Pihak hospital tidak begitu pasti awalnya kerana Allahyarham tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan.

Setelah saringan dibuat, ayahnya disahkan positif Covid-19. Keluarga pada mula tidak menyangka kerana selama ini ayah mereka tidak mempunyai sejarah masalah kesihatan dan sentiasa sihat.

DISAHKAN MENIGGAL, KEGAGALAN PARU-PARU

Semenjak dimasukkan ke dalam hospital, kesihatan Husin Long semakin merosot dan disahkan meniggal dunia akibat kegagalan paru-paru.

Allahyarham adalah berasal dari Melaka dan pernah berkhidmat di pangkalan tentera laut British sebelum dia dan isteri mengambil keputusan berhijrah ke London dan bekerja sebagai chef di The Dorchester Hotel.

Allahyarham Husin Long, 75

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Zauyah, empat orang anak dan juga beberapa orang cucu.

Justeru, mana-mana individu yang mengalami gejala ataupun simptom-simptom batuk atau demam panas dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjutan dengan pihak hospital.

Amalkan gaya hidup yang sihat dan kekal menjaga kebersihan sentiasa agar diri terhindar dari wabak Covid-19 ini.

Kongsi artikel ini: