Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Hidayah itu milik Allah. Namun tak semua orang berjaya memilikinya dan hanya yang terpilih sahaja dapat merasai keindahan betapa perjalanan mengenal Tuhan.
Manusia tidak dapat lari dari kesilapan dalam kehidupan kerana kesilapan itu lah yang mengajar manusia untuk terus matang dan mengubah pemikiran kita kelak.
ERNIE SAH BERTUDUNG BERMULA HARI INI
Itu lah yang dilalui penyanyi terkenal dan cantik tanah air iaitu Ernie Zakri apabila terbaru dia dilihat memuat naik gambar dengan memakai tudung di Instagram miliknya beberapa jam yang lepas.
Jelasnya dia sudah pun nekad untuk bertudung hari ini dan dalam proses membiasakan diri dengan penampilan baru tersebut.
Dalam kenyataannya kepada Berita Harian, dia memohon peminat agar mendoakan dia terus istiqamah dalam perjalanan baru ini. Ernie memberitahu dia sudah lama untuk berhijab tapi belum kena dengan masanya.
TERLALU BANYAK MUSIBAH DI SEKELILING
Bila berlakunya ujian seperti wabak Covid-19 ini, dia terus tidak berfikir lama untuk bertudung. Orang pertama yang mengetahui keputusan Ernie ini ialah ibunya.
Sudah pasti keputusan Ernie mengejutkan ahli keluarganya yang lain memandangkan kariernya sedang berada di puncak, takut nanti ramai pula yang tak dapat terima.
Namun tambah Ernie, dia berserah segala rezekinya kepada Allah kerana Dia sahaja yang berhak untuk menentukan takdir hambaNya.
JANGAN SALAH SANGKA JIKA TERNAMPAK RAMAKAN TIDAK BERHIJAB
Sebenarnya niat untuk dia berubah sudah lama iaitu sejak dia menunaikan umrah tahun lepas lagi. Akhirnya doanya baru dimakbulkan hari ini.
Dia berharap agar peminat dan masyarakat tidak salah faham jika ternampak atau muncul rakaman yang dia tidak bertudung kerana sudah pasti ianya adalah rakaman lama.
Melihat kepada reaksi peminat, ramai yang gembira dengan keputusan Ernie ini. Rata-rata mereka memberi reaksi positif dan menyokong penuh tindakan untuk bertudung. Lebih baik untuk tidak melengah-lengahkan perkara yang baik.
Justeru, diharap Ernie terus kekal berhijab dan dapat menghadapi dugaan dengan sabar sepanjang penghijrahannya ini.