Bersatu teguh, bercerai roboh! Usaha untuk mengawal wabak Covid-19 tidak akan berhasil sekiranya masih ramai yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diusahakan oleh pihak kerajaan Malaysia hari ini.

Jika gagal dalam misi ini, sudah pasti ianya membebankan petugas-petugas hadapan (frontliner) terutamanya petugas kesihatan dalam menjalankan kerja mereka mengenalpasti individu yang positif dan juga merawat mangsa-mangsa ini.

Mereka sudah mempertaruhkan nyawa dan keluarga untuk berkhidmat kepada komuniti masyarakat. Hargailah usaha dan penat lelah mereka ini.

Sumber Instagram

TIMBUL KRISIS ANTARA PENDAKWAH

Namun lain pula yang timbul apabila pernampakan krisis antara ahli pendakwah yang menyuarakan pendapatnya tentang pendakwah yang lain.

Dalam perkongsian Ustaz Shahrizan di laman Instagramnya pada beberapa jam yang lepas mempertikaikan seorang individu ini yang masih bersenang lenang bergerak ke mari biar pun dalam tempoh PKP.

Jelasnya bukannya tiada sukarelawan yang tidak bertindak sedemikian, ramai sahaja Cuma mereka patuh dengan arahan kerajaan sekarang. Lagi pun kita ada pihak berwajib seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menyalurkan penghantaran.

JANGAN DOUBLE STANDARD, PILIH KASIH

Dia dilihat sempat menempelak dengan segelintir pihak double standard dengan individu-individu terkenal atau pun berpengaruh.

Sumber Instagram

Jika dibiarkan, ianya akan mengundang sukarelawan lain untuk turut serta menjalankan misi yang serupa. Jadi tiada gunanya lagi PKP jika masing-masing keluar dari kediaman dan menambahkan risiko jangkitan wabak.

Melihat kepada reaksi warganet, ada yang sependapat dengan dengan kenyataan dari Ustaz Shahrizan ini. Mungkin saluran untuk menegur itu tidak kena dengan tempatnya.

NETIZEN TEKA STATUS DITUJUKAN KEPADA USTAZ EBIT LEW

Kita tidak dapat lari dari tanggapan negatif masyarakat apabila ada antara mereka yang menyifatkan pendakwah ini cemburu dan iri hati dengan tindakan individu lain.

Sumber Instagram

Walau bagaimanapun, pendakwah ini tidak menyatakan atau tujukan kepada mana-mana individu secara jelas. Cuma ramai yang beranggapan dia cuba maksudkan kepada Ustaz Ebit Lew yang mana kini sedang heboh melakukan misi bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Sehubungan dengan kita, diharapkan kita tidak menambahkan lagi gasolin ke dalam api takut nanti lain pula jadinya. Dari sudut positif lebih baik masing-masing kekal di rumah, dan salurkan derma atau bantuan bagi pihak yang betul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here