Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dalam kita menghadapi bencana serangan wabak Covid-19 ini, sudah pasti yang menjadi keutamaan adalah stok makanan. Ianya keperluan asas manusia dalam meneruskan kehidupan seharian.
PANDAI PIKAT PERUT SUAMI
Berkait rapat dengan stok makanan, ianya terpalit dengan selebriti terkenal iaitu Datin Paduka Eina Azman. Seperti umum maklum, Eina Azman sering kali membuat perkongsian di media sosial aktiviti memasaknya di rumah.
Sehingga kan ramai yang kagum dengan sikapnya yang tidak kekok untuk berada di dapur biar pun dilimpahi dengan kemewahan. Seperti formula orang terdahulu, nak dapatkan kasih sayang suami mesti lah pandai mengikat perutnya dahulu.
SERING BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN
Selain itu, Eina Azman dan pasangan turut terkenal dengan sikap pemurah dan juga dermawan. Mereka sering kali membantu golongan kurang berkemampuan dengan menghulurkan bantuan makanan dan barang keperluan harian.
Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Eina Azman dilihat sempat bersedekah barangan dapur kepada individu yang dirahsiakan identiti mereka. Walau bagaimanapun sebaliknya pula berlaku.
DIDAKWA TAMAK BELI PENUH 6 TROLI, EINA AZMAN BIDAS
Ada pihak yang mengatakan yang Eina Azman ini seorang yang tamak tanpa memikirkan kesan kepada orang sekeliling apabila membeli barangan dapur 6 troli dalam suatu masa.
Lalu pelakon cantik ini tidak mendiamkan diri dan dilihat menjelaskan keadaan sebenar punca pembelian banyaknya itu.
BELI UNTUK 3 BUAH RUMAH, BANTU 100 BUAH RUMAH SEBELUM PKP
JANGAN CEPAT SALAH SANGKA
Lebih baik kita jangan terlalu memikirkan kehidupan orang lain takut nanti diri kita yang binasa. Jika berasa ragu, lebih baik bertanya kepada tuan badan takut nanti ianya di salah erti kelak.
Semoga sikap pemurah Eina Azman ini dapat dijadikan contoh buat kita semua. Sentiasa lah berdikap positif dalam kehidupan seharian.