Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Masih lagi berkisarkan mengenai Covid-19. Topik ini boleh dikatakan menjadi keutamaan rakyat di negara kita. Saban hari ada sahaja kes baru dan angka korban yang dilaporkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Wabak ini akan menjadi lebih sukar dibendung jika tidak mendapat kerjasama dari kita semua dalam membantu usaha kerajaan untuk sentiasa kekal di rumah. Jika masih ada aktiviti sosial, maka lebih mudah untuk wabak ini merebak.
BILA DIJANGKITI COVID-19, AKAN MELALUI DETIK SUKAR
Tanya diri anda sama ada ingin menjadi salah seorang mangsa Covid-19 dan berada di wad kuarantin? Anda akan terpaksa melalui saat sukar yang mana akan berada jauh dari keluarga. Jika bernasib baik anda akan sembuh.
Jika sebaliknya, jasad anda akan ditanam dengan dibalut plastik tebal dan hanya melalui proses tayyamum. Ahli keluarga pun dilarang untuk menyentuh dan berada dekat di saat kali terakhir. Detik ini lah yang ditakuti ramai.
Terbaru, suatu perkongsian dari seorang pesakit Covid-19 di laman Facebook yang dikenali sebagai Nur Aina Insyirah meluahkan rasa dengan keadaan semasanya yang sedang berada dalam proses kuarantin di wad.
MOHON DOA ORANG RAMAI, KESIHATAN SEMAKIN SUSUT
Di saat ini, tiada seorang ahli keluarga pun suami, anak, emak atau yang lain boleh melawat atau menjaga kita. Hanya jururawat dan doktor sahaja yang akan merawat sehingga lah keadaan kembali pulih.
Jika keadaan semakin merosot, kita akan dimasukkan ke unit ICU untuk bantuan penafasan. Di sini lah keadaan menjadi sangat sukar yang mana tubuh badan kita berkemungkinan menjadi lebih lemah.
Menurut Insyirah, dia mendapati kesihatannya semakin merosot setia hari. Hanya menanti bantuan daripada doktor. Dia sempat meminta orang ramai agar mendoakan kesihatannya supaya kembali sihat seperti sedia kala.
DIBENARKAN GUNA TELEFON UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN DOKTOR DAN NURSE
Ramai yang mempersoalkan bagaimana Insyirah boleh menggunakan telefon. Menurut wanita ini, wad yang dia ditempat jauh. Jadi dia perlu berhubung dengan doktor atau jururawat melalui telefon sekiranya memerlukan apa-apa bantuan.
Doktor dan jururawat memerlukan kawalan dan penjagaan diri yang sangat berhati-hati. Jadi mereka tidak boleh sewenang-wenangnya masuk ke wad yang pesakitnya disyaki ada Covid-19. Sebagai langkah keselamatan, mereka perlu berhubung melalui telefon.
Tambah Insyirah lagi, dia meminta orang ramai jangan membuat andaian. Apa pun tunggu sahaj keputusan saringan sama ada positif atau sebaliknya memandangkan dia juga memiliki masalah kesihatan yang lain.
Kredit: Facebook Nur Aina Insyirah