Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Peka Kewangan Rakyat, PM Umum Pencarum Dibenar Guna KWSP. Ketahui Tatacara Lengkap Permohonan

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) angkara wabak Covid-19 sedikit sebanyak telah menjejaskan ekonomi masyarakat. Di mana dalam tempoh ini, rakyat tidak mampu untuk keluar bekerja atau menjana pendapatan seperti kebiasaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perintah Kawalan Pergerakan Beri Kesan Yg Cuti Tanpa Gaji. PM Ke-6 Mohon Kerajaan Benarkn Guna KWSP

Peka dengan isu yang dihadapi oleh rakyat, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi perkhabaran baik, iaitu pemegang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk membuat pengeluaran akaun 2 sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

JUMLAH MAKSIMUM RM500 SEBULAN DALAM TEMPOH 12 BULAN

Jelasnya, semua ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun boleh mengeluarkan simpanan akaun 2 masing-masing pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan. Hal ini bagi menampung keperluan harian isi rumah rakyat.

Semua ahli KWSP yang dimaksudkan boleh membuat pendaftaran melalui e-mel ataupun pos bermula pada 1 April ini. Bagi yang buat pendaftaran secara talian, rakyat boleh melakukannya bermula 1 Mei 2020.

Sehubungan dengan itu, ahli KWSP akan mula terima bayaran ke akaun bank bermula 1 Mei. Manakala butiran terperinci cara atau kaedahnya akan diberitahu kelak sebelum 31 Mac.

PENDAFTARAN ATAS TALIAN LEBIH CEPAT & TEPAT, BERMULA 1 MEI

Ahli KWSP dinasihatkan untuk melakukan pendaftaran di atas talian bermula 1 Mei ini memandangkan prosesnya lebih cepat iaitu mengambil masa hanya 3 hari. Maklumat yang diterima juga lebih tepat berbanding kaedah manual.

Untuk permohonan secara e-mel atau pos pula berkemungkinan memakan masa lebih lama kerana memerlukan pengesahan manual dan lebih terperinci agar keselamatan akaun ahli terjaga.

Rakyat dan juga ahli KWSP dinasihatkan berhati-hati ketika berurusan atau menerima panggilan yang mencurigakan dalam tempoh ini agar tidak terlibat dengan sebarang skim penipuan.

SEMOGA DAPAT MANFAATKAN PELUANG INI SEBAIKNYA

Inisiatif ini diambil oleh pihak kerajaan dalam memastikan kelansungan kehidupan rakyat dalam menangani impak Covid-19.

Justeru, diharapkan agar ahli KWSP dan rakyat dapat menggunakan kemudahan ini sebaiknya dan memperuntukkan kewangan dengan baik dalam memastikan kehidupan yang lebih baik kelak.

Kongsi artikel ini: