Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Maklumat Keliru! Hanya Berlima Sempurnakan Jenzah Bapa Covid-19 Lewat Malam, Waris Ingin Penjelasan

Dunia sedang menghadapi cabaran dalam menentang wabak Covid-19. Angka korban semakin meningkat saban hari dan di Malaysia dilaporkan menerima 212 kes baru menjadikan keseluruhan 1,518 orang dan jumlah terkorban meningkat kepada 14 orang.

ANAK MANGSA COVID-19 KELIRU TATACARA PENGEBUMIAN ARWH BAPA

Antara yang menjadi perhatian terkini adalah cara jenzah mangsa korban dikendalikan sama ada mengikut tatacara biasa atau pun kaedah ebola seperti mana diwar-warkan.

Demikian persoalan diajukan oleh seorang waris korban ke-8 Covid -19 iaitu Mohd Hafizudin Hassan yang mempertikaikan Standard Operation Procedure (SOP) yang perlu dijalani bagi mengebumikan jenzah.

Ianya dikongsikan melalui laman Facebook sejak semalam berikutan timbulnya kekeliruan antara waris dan juga pihak hospital sendiri.

Sumber Facebook
“Kami sebagai waris ini tertanya-tanya dan mahukan kepastian bagaimana Prosidur Operasi Standard (SOP) yang sebenarnya.”

PIHAK HOSPITAL LARANG UNTUK DEKAT, PEGAWAI KKM NYATAKAN SEBALIKNYA

Ini berikutan pihak hospital memaklumkan waris atau orang kampung tidak boleh berada di kawasan tanah kubur. Pada malam kejadian, pihak polis ada yang mengawal dan memberi info bahawa jenzah diuruskan seperti mangsa ebola.

Namun ianya bercanggah dengan maklumat dari pegawai KKM Pasir Mas yang bertugas malam tersebut yang menyatakan sebaliknya.

Kerana timbulnya kekeliruan, Hafizudin terus menghubungi doktor. Doktor ada bercakap dengan pegawai KKM tersebut dan berlaku petelingkahan antara pihak mereka. Kemudian pegawai KKM memaklumkan tugas mereka hanya memantau sahaja.

Dan akhirnya waris yang perlu menyempurnakan pengebumian.

“Doktor yang saya hubungi itu kesian juga dekat kami malah memberi jaminan akan memanjangkan perkara ini kepada pihak atasan.” Tambah Hafizudin.
Sumber Facebook

Isu ini dibangkitkan ketika urusan mangsa Covid-19 yang dikenali sebagai Ustaz Hassan. Allahyarham terpaksa diuruskan sepenuhnya oleh waris dan juga bantuan orang kampung tanpa penglibatan pegawai KKM Pasir Mas, Kelantan.

DALAM TAKLIMAT, DOKTOR SUDAH PUN MENJELASKAN TETAPI SEBALIKNYA BERLAKU

Awalnya, semasa Hafizudin menerima perkhabaran bapanya meniggal dunia pada jam 4 petang 21 Mac yang lalu, doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) memanggilnya untuk menjalani taklimat pengurusan.

Isi kandungan taklimat ada menyebut bahawa mangsa akan dikebumikan seperti mana mangsa ebola dan diuruskan sepenuhnya oleh pihak KKM.

Sumber Facebook

Keluarga atau waris tidak dibenarkan berada di tanah perkuburan sepanjang ianya berlaku bagi mengelakan rantaian wabak. Walau bagaimanapun ianya bertentangan dengan keadaan sebenar.

Justeru, semoga pihak berwajib dapat menyalurkan maklumat yang betul kepada waris dan juga orang ramai kelak agar tidak berlakunya kekeliruan seperti kejadian seperti menimpa keluarga Hafizudin ini.

Sama-sama kita doakan agar wabak ini menemui penawarnya dan kita dijauhi dari segala kemudaratan.

BERIKUT PERKONGSIAN ASAL DARI IMAM MUDA HILAL MENERUSI LAMAN FACEBOOK:

Kongsi artikel ini: