Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rumah tangga usahawan selebriti, Dato’ Sri Aliff Syukri kembali menjadi perhatian apabila difahamkan isterinya, Datin Sri Shahida telah menfailkan pencraian mereka di mahkamah.
MASING-MASING MENGUNCI MULUT
Kisah mereka ini pernah penulis kongsikan sebelum ini yang mana kedua mereka mengambil jalan untuk mengunci mulut dalam memberikan penjelasan disebalik yang berlaku.
Dapat dilihat apabila masing-masing sudahpun tidak mengikuti antara satu sama lain di laman instagram menandakan ada yang tidak kena antara mereka berdua.
Bila ditanya dalam sesi soal jawab di ruangan IG story berkaitan rumah tangga mereka sebentar tadi, Aliff Syukri sekali lagi mengelak dan mendiamkan diri dengan soalan dari netizen tersebut.
ALIFF SYUKRI KONGSI GAMBAR PERMOHONAN CRAI
Walau bagaimanapun dia ada memuat naik surat permohonan pencraian selepas soalan itu diajukan sekali gus menguatkan lagi dakwaan hubungan suami isteri ini sedang berantakan.
Melihat sahaja ke laman Instagram figura ini, lebih banyak perkongsian ke arah kekeluargaan dan merindui saat lalu.
Ramai yang memberi andaian bahawa ini hanya lah lakonan semata-mata untuk meraih simpati memandangkan namanya pernah terpalit sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab kepada anak angkatnya.
SAMA-SAMA DOAKAN HUBUNGAN MEREKA KEMBALI BAIK
Sebenarnya sikap netizen antara salah satu peranan besar bagi selebriti. Lebih baik kita memberikan kata-kata positif dan semangat buat mereka berdua agar hubungan kembali jernih dan dapat diselamatkan.
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Tidak sah kalau tidak tumbul isu salah faham meskipun hidup dan tidur sebantal bertahun-tahun.
Sebagai rekod, Aliff Syukri dan isteri berkahwin pada Ogos 2007 lagi ketika usianya masih muda iaitu 20 tahun. Dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata dan seorang anak angkat.