Hari ini merupakan hari ke-6 rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan yang mana pihak kerajaan menuntut masyarakat sentiasa berada di kediaman masing-masing tanpa melakukan sebarang aktiviti sosial.

Tiada kata sebaik bahasa lagi untuk digambarkan kepada kepala batu rakyat kita ini. Meski pun pelbagai usaha telah dilakukan agar kita sedar tentang keperluan kuarantin diri sendiri di rumah, namun masih ada yang tidak mematuhinya.

Hasil tinjauan penulis di sekitar Lembah Klang, masih banyak kereta di atas jalan dengan alasan keluar untuk membeli keperluan makanan. Biar pun pihak berkuasa telah sarankan agar berada di luar rumah dan keluar apabila benar-benar perlu sahaja.

AKAK POLIS SOUND BENGKEL YANG MASIH JALANKAN OPERASI

Boleh dilihat arahan ini tidak mengerunkan mereka yang masih berdegil. Terbaru heboh di media sosial apabila seorang anggota polis wanita dengan lantangnya memarahi pemilik bengkel yang masih meneruskan operasi.

Difahamkan anggota polis berkenaan menjalankan operasi rondaan sekitar taman Bandar Kinrara, Puchong dalam memastikan tiada lagi premis yang dibuka dalam tempoh kawalan ini.

Sejurus kejadian, ramai tertanya-tanya latar belakang anggota polis berkenaan yang dilihat cukup tegas dalam menjalankan tanggungjawab. Jadi dalam satu perkongsian lain di Facebook, seorang pengguna lain telah mendedahkan wajah sebenar akak polis ini.

DAH FAMOUS DI IG DENGAN SIKAP DEDIKASI

Sebenarnya anggota polis wanita berkenaan telah pun terkenal di laman sosial dengan sikap tegas dan juga dedikasi terhadap kerja. Beliau ialah Siren Boonthnam Ekkasook dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, memiliki 32,100 orang pengikut di Instagram.

Secara tidak langsung, video berkenaan telah menarik perhatian ramai netizen berikutan jarang melihat anggota wanita yang bertugas dengan begitu dedikasi. Tambahan pula memiliki rupa paras lawa mengalahkan model.

Rata-rata mereka turut memuji tindakan tersebut kerana sikap garang begini lah yang perlu ditunjukkan untuk mengajar sikap orang kita yang sering kali ingkar dengan arahan kerajaan.

Apa pun sama-sama lah kita bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan perintah kerajaan untuk sentiasa berada di rumah dalam tempoh pendek yang dikenakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here