Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Alha Alfa Akui Hampir Jadi Bapa! Akhirnya Bekas Isteri Buka Mulut, Nafi Diri Pernah Mengandung

Sedih dan terkejut! Itu lah yang dirasai oleh masyarakat apabila mengetahui kisah rumah tangga jurusolek dan juga usahawan terkenal Datuk Alha Alfa dan isteri Datin Noor Azlin Ismail akhirnya terlerai di tengah jalan.

HANYA BERTAHAN 6 BULAN

Kisah majlis resepsi perkahwinan mereka pernah menjadi perhatian ramai dek kemewahan yang ditampilkan seolah-olah “wedding of the year”. Namun siapa sangka, ianya bukan lah menjamin kebahagiaan kepada sesuatu hubungan itu.

Sumber Instagram

Pasangan ini hanya sempat bertahan selama 6 bulan dan perpisahan mereka ini diakui sendiri oleh Alha Alfa menerusi laman Instagramnya semalam agar orang ramai tidak salah faham dengan keadaan sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan Jurusolek, Datuk Alha Alfa Bertahan 6 Bulan. Ikuti Punca Sebenar Kemelut Rumah Tangganya

ISTERI TERLALU CEMBURU, HAMPIR MENJADI BAPA

Ringkasnya kemelut rumah tangga berpunca dari sikap cemburu isteri yang sukar untuk terima kariernya. Dalam perkongsiannya juga, dia ada memberitahu mereka hampir bergelar ibu bapa namun sayangnya Noor Azlin mengalami keguguran.

Tidak lama selepas kisah mereka berdua tersebar kepada netizen, bekas isterinya itu ada memuat naik status di laman Instagram seolah-olah ditujukan dengan keadaan semasa mereka.

Sumber Instagram

AZLIN MENAFIKAN PERNAH MENGANDUNG

Yang menjadi perhatian adalah komen dari seorang individu yang menegur Azlin berkaitan statusnya itu akibat pembawakan bayi. Tidak berdiam diri, Azlin memberikan reaksi yang mana dia tidak pernah mengandung, bercanggah dengan dakwaan dari Alha Alfa sebelumnya.

Sekali gus terus menjadi persoalan ramai mengenai perkara sebenar. Apa pun yang terjadi, kita sebagai orang luar sebaiknya mendoakan sahaja mengenai hubungan mereka dan belajar sesuatu perkara baru tentang keadaan sekeliling.

Sumber Instagram

Dalam pada itu, Alha Alfa ada memberitahu umum bahawa mereka berpisah secara baik dan hasil persetujuan bersama. Ujarnya lagi, terlalu banyak dugaan sepanjang melalui fasa perkahwinan selama 6 bulan ini.

Mudah untuk kita bercakap namun sukar bagi individu yang melaluinya. Semoga Alha Alfa dan Azlin jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran untuk mereka lebih matang di masa depan.

Kongsi artikel ini: