Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Covid-19 merupakan wabak yang menjadi perhatian ramai masa kini. Namanya mula terkenal dalam sekelip mata gara-gara sifatnya yang cepat merebak dan jadikan badan manusia sebagai perumah untuk menyebarkan kepada yang lain.
TIADA KES BARU DILAPORKAN DI CHINA SETELAH RAKYATNYA MELALUI KUARANTIN
Jalan terbaik untuk menghentikan rantaian ini dari terus berlaku adalah orang ramai dinasihatkan sentiasa menjaga jarak apabila berdepan dengan orang yang tidak dikenali (social distancing) sekurang-kurangnya 1 hingga 1.5 meter.
Lebih selamat selagi kuarantin diri sendiri dengan kekal berada di rumah dengan melakukan aktiviti sihat. Ianya pendekatan sedang dibuat oleh warga China, Wuhan terutamanya kini yang memberikan impak positif.
Sehinggakan tiada lagi kes baru dilaporkan Covid-19 setelah rakyatnya mematuhi arahan serta mengelak dari berada di tempat awam.
FRONTLINER PALING BERISIKO, SANGGUP GADAI NYAWA DEMI TUGAS
Dalam mencegah wabak ini, antara individu yang harus kita berterima kasih adalah barisan frontliner seperti petugas kesihatan dan pegawai polis yang sanggup mengorbankan masa dan nyawa mereka dalam berdepan situasi genting ini.
Dilaporkan ada antara mereka yang mula dijangkiti wabak Covid-19 gara-gara orang awam yang bersikap tidak bertanggungjawab dengan merahsiakan status kesihatan mereka yang sebenar.
WIRA YANG TERLEPAS PANDANG
Namun, jangan dilupa dengan pasukan frontliner yang selalu kita terlepas pandang iaitu mereka yang bekerja dalam sektor pembersihan. Mereka ini insan yang pertama dalam memastikan kebersihan di hospital dan mana-mana tempat yang lain.
Menurut suatu perkongsian seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Farihin Mandagie, dia meluahkan rasa bangga dengan jasa dan pengorbanan seorang cleaner yang bertanggungjawab dalam membersihkan sisa klinikal di kawasan saringan pesakit Covid-19 tak kira waktu.
Antara wira yg tak didendang. Brader dan makcik cleaner. Tunggu smpai kami semua habis tugas, diorang start cuti lap and decon semua tempat yg kami kerja. Then tolak tong kuning yg penuh dgn sisa klinikal yg penuh ak rasa dengan virus Covid 19 tu. pic.twitter.com/751Ci2E6SN
— Farihin Mandagie (@farihinosteo) March 21, 2020
NETIZEN BERTERIMA KASIH, GAJI MEREKA PATUT DINAIKAN
Melihat kepada reaksi warganet, rata-rata mereka sangat terharu dan berterima kasih kepada individu yang berada dalam sektor pembersihan yang selama ini dipandang remeh.
Mereka sanggup menggadaikan diri sendiri demi gaji yang mungkin tidak setimpal dengan usaha mereka dalam berdepan wabak yang semakin berleluasa.
Mari lah kita sama-sama menitipkan doa buat semua wira negara yang sedang bertugas ini agar mereka sentiasa diberi kesihatan yang dan dilindungi dari segala ancaman terutama Covid-19.
Kredit: Twitter Farihin Mandagie