Sehebat mana perancangan kita sebagai manusia, hebat lagi perjalanan yang telah diaturkan oleh Allah terhadap hambaNya. Siapa sangka mahligai yang dibina dengan penuh rasa cinta akhirnya terlerai di tengah jalan.

PERKAHWINAN ALHA ALFA DAN ISTERI SEMPAT BERTAHAN 6 BULAN SAHAJA

Beberapa bulan sahaja, dan itu lah pengalaman yang dilalui oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa apabila difahamkan hubungan bersama isteri Datin Noor Azlin Ismail sudah pun berakhir.

Mereka hanya sempat berkongsi kasih dan melayari hidup sebagai suami isteri selama enam bulan sebelum kedua mereka bersetuju untuk berpisah secara baik dengan alasan tiada lagi persefahaman antara keduanya.

Alha Alfa mengesahkan sendiri melalui entri Instagramnya

Kisah ini bukan khabar angin semata-mata. Ianya disahkan sendiri oleh Alha Alfa menerusi laman instagramnya pada beberapa jam yang lalu.

AWALNYA INGIN JAGA AIB KEDUA BELAH PIHAK

Awalnya dia enggan berkongsikan kisah ini yang disifatkan terlalu peribadi memandangkan ingin menjaga aib bagi kedua belah pihak. Tetapi setelah beritanya dikeluarkan oleh suatu akhbar, akhirnya dia terpanggil untuk memberikan penjelasan.

Antara perbualannya dengan isteri

Dia sangat berterima kasih kepada bekas isteri kerana berjaya membahagiakan hubungan mereka walau pun tidak lama. Pada awalnya Noor Azlin boleh menerima pekerjaan yang dilakukan oleh jurusolek terkenal ini.

Oleh kerana perniagannya sedak berada di puncak di saat kebahagiaan sedang ingin dicipta, di sini lah hadirnya dugaan apabila dia sering kali sibuk dengan tugasan dan masa yang sangat terhad dengan orang yang tersayang.

ENGGAN BUAT ISTERI TERUS BERASA TERTEKAN

Mula lah muncul salah faham sehingga pelbagai perkara yang bercelaru mula bermain di fikiran Noor Azlin. Namun Alha Alfa tidak menyalahkan situasi berkenaan memandangkan kita sebagai manusia memiliki naluri yang berbeza.

Kesan Alha Alfa menahan isteri dari mencedrakan diri

Cuma yang membelengu dirinya adalah apabila Noor Azlin sering sahaja mengugut untuk mencedrakan diri. Dan disebabkan situasi begini lah membuatkan Alha Alfa tidak kuat untuk menghadapinya.

Mungkin sesetengah pihak menganggap ianya sekadar guruan, tetapi tidak bagi jurusolek dan ahli perniagaan ini. Segala perancangan untuk berbulan madu juga tidak sempat ditunaikan gara-gara wabak Covid-19.

Apa pun kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka berdua. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku dan memberi pengajaran buat Noor Azlin dan Alha Alfa sendiri untuk menjadi lebih matang kelak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here